Di sebalik keadaan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama 2015 (JCPOA) yang tidak menentu, atau dikenali sebagai perjanjian nuklear Iran, setelah pentadbiran Trump secara sepihak meninggalkannya pada Mei 2018, Iran telah berulang kali menyatakan bahawa ia tidak berusaha untuk memperoleh senjata nuklear.
Perisikan Israel percaya bahawa Iran terus membiayai program nuklear walaupun terdapat pukulan ekonomi yang merugikannya baru-baru ini, menurut seorang pegawai yang mengemudi perisikan IDF, Mejar Jeneral Tamir Heiman, ketika bercakap dalam taklimat media, yang dikutip oleh The Jerusalem Post. Menurut Heiman, Iran mempunyai cara untuk membuat bom nuklear dalam masa dua tahun, sekiranya ia memutuskan untuk melakukannya.
Tel Aviv mencadangkan agar Iran menunggu Amerika kembali ke perjanjian nuklear, kerana ia akan meredakan sekatan rejim yang teruk.
“Dalam situasi saat ini, Iran menganggap perjanjian nuklear adalah satu-satunya jalan keluar dari krisis, dan oleh karena itu ia berusaha untuk kembali ke perjanjian yang ditandatanganinya itu pada tahun 2015,” ujar Heiman.
Pentadbiran Amerika yang baru berulang kali menyatakan bahawa Amerika sedang mempertimbangkan untuk menghidupkan kembali JCPOA, tetapi Iran menegaskan bahawa Amerika harus mengambil langkah pertama menuju perundingan dan menghapus sekatan, kerana Washington adalah yang pertama meninggalkan perjanjian itu.
Terdahulu, jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki mendakwa bahawa Amerika akan kembali kepada perjanjian itu sekiranya Iran mematuhi syaratnya. Presiden Amerika, Joe Biden, juga menyatakan bahawa Amerika Syarikat tidak akan menghapuskan sekatan perdagangan sehingga Iran berhenti memperkayakan uranium.
Tehran telah memberi amaran bahawa ada sedikit waktu yang tersisa bagi Washington untuk kembali ke JCPOA. Menurut undang-undang, yang diluluskan di Iran setelah pembunuhan ahli fizik nuklearnya, Dr. Mohsen Fakhrizadeh, yang mana termasuk meningkatkan pengayaan uranium dan menangguhkan pemeriksaan PBB terhadap loji nuklearnya, jika sekatan tidak dihapuskan. Pada awal tahun ini, organisasi tenaga atom Iran mengumumkan bahawa negara itu telah kembali ke praktik memperkaya uranium hingga 20 peratus di Fordow Fuel Enrichment Plant.
Pada masa ini, masa depan JCPOA tetap dalam keadaan lesu setelah pentadbiran Trump secara sepihak menarik Amerika daripada perjanjian pada 8 Mei 2018, dengan menyatakan bahawa Iran telah melanggar syaratnya dan mengenakan sekatan baru terhadap Tehran. Pada masa yang sama, anggota JCPOA lain, bersama dengan IAEA, berulang kali menekankan bahawa Iran telah memenuhi semua syarat perjanjian itu dan tidak berniat untuk mengembangkan senjata nuklear.
Sebagai tindak balas, Tehran mengabaikan sebahagian dari kewajibannya berdasarkan perjanjian itu, dengan meninggalkan sekatan penyelidikan nuklear, termasuk pengayaan uranium dan jumlah sentrifugal yang diperlukan untuk proses ini.
Sumber berita: Sputnik News