Tentera Yaman dan jawatankuasa popular telah melakukan serangan drone di pangakalan udara di barat daya Arab Saudi.
Jurucakap Angkatan Bersenjata Yaman, Brigadier Jeneral Yahya Saree, mengatakan empat drone telah digunakan untuk mensasarkan pangkalan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Abha pada hari Rabu petang.
Beliau mengatakan bahawa pesawat uav itu adalah dari jenis ‘Samad 3’ dan ‘Qasef-2k’.

Lapangan terbang itu, kata sumber Yaman, digunakan untuk tujuan ketenteraan bagi mensasarkan rakyat Yaman.
Saree berkata, serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap kempen berterusan Saudi terhadap Yaman. Sasarannya dicapai dengan tepat, tambah beliau.
Tentera gabungan pimpinan Arab Saudi telah mengesahkan serangan itu, dengan mendakwa ia telah menyebabkan kebakaran pada sebuah pesawat awam yang dibawah kawalannya.
Arab Saudi dan sebilangan sekutu serantau – termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) – melancarkan perang kejam terhadap Yaman pada Mac 2015.
Perang itu adalah untuk menghapuskan gerakan Houthi Ansarullah Yaman dan mengembalikan pemerintahan bekas rejim Abdu Rabbuh Mansur Hadi yang disokong Riyadh.
PBB mengatakan lebih daripada 24 juta warga Yaman sangat memerlukan bantuan kemanusiaan, termasuk 10 juta orang menderita kelaparan yang melampau.
Sumber berita: Press Tv
