Netanyahu Dakwa Langkah Iran Tingkatkan Pengayaan Uranium Tunjuk Niat Bangun Senjata Nuklear

Awal hari Isnin, Tehran mengatakan telah mula menghasilkan 20% uranium yang diperkaya di kompleks nuklear Fordow.

 

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada hari Isnin berkata keputusan Iran untuk meningkatkan program nuklearnya itu bermaksud bahawa Republik Islam itu merancang untuk mengembangkan senjata nuklear, dan beliau berjanji untuk menghentikan Tehran dari melakukannya.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa sebelum ini mengesahkan bahawa pemeriksa telah memantau kegiatan di kemudahan Fordow dan ketua pengarahnya, Rafael Mariano Grossi dari Argentina, akan menyerahkan laporan itu kepada negara-negara anggota organisasi pada hari tersebut.

Respons Israel itu datang setelah laporan dari Mehr, agensi berita separa rasmi Iran, yang memetik jurucakap kerajaan yang berkata bahawa Iran telah melanjutkan pengayaan uranium sebanyak 20 peratus.

Keputusan Iran untuk meningkatkan pengayaan adalah hasil ketetapan RUU November yang digelar sebagai “Langkah Strategik untuk Menghapus Sekatan”, yang mana mendorong kegiatan Iran susulan pembunuhan saintis nuklear terkemukanya, Mohsen Fakhrizadeh.

Tehran telah dibenarkan untuk memperkaya uranium hingga 3,67 persen di bawah Pelan Tindakan Komprehensif Bersama 2015 (JCPOA), sehingga Republik Islam secara signifikan mengurangi cadangan bahan nuklearnya. Namun, Iran membuat beberapa perubahan terhadap kebenaran itu setelah Amerika meninggalkan perjanjian pada tahun 2018 dan mengenakan kembali sekatan ke atas Tehran.

Bertepatan sebelum Amerika menarik diri dari perjanjian nuklear pada Mei 2018, Netanyahu membuat satu persembahan terkenal dengan tajuk “Pembohongan Iran” yang mendakwa Tehran cuba menggunakan program nuklearnya yang aman untuk penyelidikan persenjataan dalam usaha menghasilkan bom nuklear.

 

 

 

Sumber berita: Sputnik News

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *