Pesawat Israel telah menyerang Gaza pada hari Rabu, kata saksi, dan siren amaran tembakan roket dari wilayah Palestin terdengar di selatan Israel.
Para saksi mengatakan sebuah pangkalan latihan yang dikendalikan oleh kumpulan pejuang Hamas, yang menguasai Gaza, terkena serangan udara itu. Pasukan tentera Israel, yang tidak segera mengesahkan serangan itu, mengatakan siren amaran roket bergema di komuniti Israel yang bersempadan dengan Gaza.
Beberapa jam sebelumnya, roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin di Gaza menghantam bandar pesisir Israel, Ashdod, mencederakan dua orang, pada ketika Israel dan dua negara Arab Teluk, UAE dan Bahrain, menandatangani perjanjian di Washington untuk menjalin hubungan formal.
Sumber berita: Middle East Monitor
