Bilangan Kes Coronavirus Cecah 300,000 Seluruh Dunia, AS Ketiga Tertinggi

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jumlah kes koronavirus global telah mencapai 266,000, dengan lebih daripada 11,000 kematian. Wabak COVID-19 diisytiharkan pandemik pada 11 Mac.

 

Bilangan kes coronavirus yang disahkan di seluruh dunia telah meningkat kepada 304,544, menurut kiraan Pusat Sumber Coronavirus, Universiti Johns Hopkins.

Amerika Syarikat kini berada di tempat ketiga dunia dari segi jumlah kes coronavirus yang disahkan, dengan jumlah kes sebanyak 25,493 dijangkiti COVID-19 dan lebih daripada 300 kematian akibat penyakit yang telah didaftarkan. Sebanyak 171 kes pula telah pulih.

New York kekal menjadi sarang coronavirus di negara itu, di mana jumlah kes telah mencecah 8000, sementara Washington pula merupakan negeri terburuk dalam hal jumlah kematian.

Pada masa yang sama, China, di mana virus COVID-19 berasal, telah memperlihatkan satu gaya penurunan dalam bilangan orang yang dijangkiti penyakit ini. Sehingga hari ini, negara itu telah mencatatkan sejumlah 81,321 kes, 3,260 orang telah meninggal dunia, dan 71,860 pesakit telah dibenarkan pulang dari hospital.

Kebanyakan kes koronavirus di China yang sedang dilaporkan sekarang adalah diimport.

Memandangkan jumlah kes baru harian telah menurun di China, pusat virus itu telah beralih ke Eropah, iaitu ke Itali, di mana terdapat 53,578 kes yang disahkan COVID-19 dan 4,825 kematian. Lebih 6,000 orang telah pulih. Wilayah utara Bergamo kekal menjadi sarang virus yang menyerang di negara itu, dengan lebih daripada 5,000 orang telah dijangkiti.

Untuk mengekang penyebaran virus itu dari merebak, kerajaan Itali telah memulakan beberapa langkah, termasuk mengenakan kuarantin di seluruh negara sejak 9 Mac dan membatalkan semua aktiviti-aktiviti massa.

Sepanyol, Jerman, Perancis, dan United Kingdom juga kekal di kalangan negara-negara yang paling terjejas oleh COVID-19 di Eropah.

 

 

Sumber berita: Sputnik News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *