As-Sadr Sedia Kerjasama dengan PMF yang Disokong Iran untuk Singkirkan AS

Ulama Syiah Iraq, Muqtada Al-Sadr telah mengisytiharkan bahawa dia sanggup bekerjasama dengan pasukan separa tentera (paramilitary forces), Angkatan Pergerakan Popular yang disokong oleh Iran (Hashd Al-Shaabi) – yang merupakan saingan politiknya – bagi mengakhiri kehadiran ketenteraan Amerika di Iraq.

Beliau membuat komen itu pada Isnin selepas Amerika Syarikat mensasarkan lima tempat di Iraq dan Syria dan membunuh 30 orang sebagai balasan atas kematian seorang kontraktor Amerika di pangkalan tentera Iraq di Kirkuk dalam serangan roket, yang Washington menyalahkan anggota PMF, Kataib Hizbullah ( KH).

Sadr percaya dalam mengusir tentera AS dari Iraq melalui cara politik dan undang-undang, namun akan “mengambil tindakan lain” dengan saingannya itu sekiranya ianya tidak berfungsi. Ulama itu telah menggambarkan dirinya sebagai seorang nasionalis terhadap campurtangan Iran dan Amerika di Iraq. Beliau juga menyeru rakyat Iraq supaya “menghindari tindakan tidak bertanggungjawab” yang boleh digunakan untuk membenarkan serangan lanjut ke atas negara.

Pejuang setia Sadr, Tentera Al-Mahdi, terkenal dalam penentangannya yang sengit terhadap tentera pendudukan Amerika di selatan yang didominasi Syiah, berikutan pencerobohan unilateral Amerika pada tahun 2003.

Bekas Perdana Menteri Iraq, yang bertindak sebagai penjaga, Adil Abdel-Mahdi mengutuk tindakan sebagai pelanggaran kedaulatan Iraq, terutama ketika PMF diintegrasikan ke dalam angkatan bersenjata negara di bawah perintah langsungnya dan ditubuhkan untuk memerangi Daesh.

Ulama Tertinggi Syiah Iraq, Ayatullah Sayyid Ali Sistani, yang fatwanya terhadap Daesh membawa kepada penubuhan PMF, juga mengutuk serangan udara sebagai “pencerobohan jenayah” terhadap “pasukan rasmi Iraq”. Sistani menambah bahawa pihak berkuasa Iraq “berhak” untuk menangani serangan dan mengambil tindakan untuk mencegah mereka daripada berlaku semula.

Terdahulu pada awal Selasa, para penunjuk perasaan menyerbu Kedutaan Amerika Syarikat di Zon Hijau, dengan sebilangan dari mereka membawa bendera KH dan PMF. Beberapa pemerhati telah menyatakan bagaimana penunjuk perasaan anti-kerajaan tidak berjaya selama berminggu-minggu memasuki Zon Hijau selepas dihalang oleh pasukan keselamatan Iraq, tetapi tidak ada percubaan untuk menahan mereka yang memprotes serangan AS terbaru terhadap PMF, yang menunjukkan kemungkinan keadaan berbahaya bagi diplomat Barat.

 

Sumber berita: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *