Rejim Israel Sengaja Tembak Mati Remaja Palestin

Rejim pengganas Israel menembak mati seorang remaja Palestin ketika demonstrasi di sepanjang sempadan Gaza-Israel Jumaat lalu, kata Kementerian Kesihatan.

Saher Othman, 20, maut apabila rejim Israel melepaskan tembakan peluru hidup ke atas 7,000 peserta demonstrasi, sementara 27 lagi cedera.

Menurut akhbar Palestin semalam, rejim pengganas melepaskan tembakan secara terbuka, gas pemedih mata dan bom tangan terhadap ribuan rakyat Palestin yang berkumpul di sempadan Gaza dengan Israel ketika protes mingguan, The Great March of Return.

Sementara jurucakap tentera Israel menafikan bahawa tentera yang ditempatkan di sepanjang melepaskan peluru hidup.

Beliau mendakwa Angkatan Pertahanan Israel (IDF) hanya membalas serangan apabila sebahagian peserta himpunan melemparkan bom api dan alat letupan kepada mereka.

‘The Great March of Return’ adalah protes yang dilancarkan pada 30 Mac tahun lalu oleh ribuan rakyat Palestin di Gaza – kerana menderita akibat pengepungan Israel selama sedekad.

Penduduk Palestin menuntut hak untuk pulang ke tanah air mereka yang diduduki secara haram oleh rejim Zionis Israel sejak Mei 1948.

Langkah itu terpaksa diambil berikutan kesulitan hidup di Gaza serta ancaman yang sengaja dicetuskan pihak berkuasa Israel terhadap Baitulmaqdis. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *