Sejumlah besar peneroka Israel pada hari Selasa telah menyerbu masuk Masjid Al-Aqsa di bawah kawalan ketat polis.
Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa 80 peneroka Yahudi dalam beberapa kumpulan merempuh masuk ke Masjid al-Aqsa melalui Gerbang Al-Maghareba.
Mereka menambah bahawa para peneroka itu menjelajah halaman Al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud di dalam kompleks Islam.
Sementara itu, sekatan telah diperketatkan ke atas para umat islam Palestin dari memasuki kawasan tersebut bagi melakukan ibadat mereka.
