Presiden Amerika Donald Trump telah membincangkan usaha untuk memeriksa Iran tentang “tindakan berniat jahat di Rantau ini,” kata White House pada Khamis lalu, seperti yang dilaporkan Anadolu.
Kedua pemimpin itu membincangkan isu, serta kerjasama dua hala “dalam memajukan perkongsian kepentingan keselamatan negara,” semasa dalam panggilan telefon, ujar jurucakap Judd Deere dalam satu kenyataannya.
Ketegangan antara AS dan Iran telah di tahap puncak sejak Mei lalu apabila serangan misteri melanda enam kapal tangki minyak berhampiran Selat hormuz, satu laluan air kritikal untuk tenaga global perdagangan,di mana AS menyalahkan Iran atas serangan tersebut.
Seminggu selepas ke atas dua kapal tersebut pada 13 Jun, tentera Iran menjatuhkan Dron Amerika yang menurut Tehran telah melanggar ruang udaranya, mendorong tindakbalas sengit Trump yang berkata beliau membatalkan serangan balas mensasarkan rakyat Iran yang boleh mengakibatkan puluhan terbunuh.
Amerika syarikat sebaliknya melaksanakan sekatan terhadap para pemimpin kanan Iran, termasuk pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei. – Middle East Monitor
