Puluhan Pendatang Yahudi Ceroboh Masuk Masjid al-Aqsa

Puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba, dengan diiring oleh pasukan polis Zionis.

Mereka dikawal masuk dan berarak di atas tapak suci umat Islam itu dalam gerombolan berbeza. Polis Zionis menutup pintu al-Maghareba pada jam 10:30 pagi selepas para penceroboh keluar dari kawasan masjid, dan membukanya semula untuk pencerobohan selepas para jemaah selesai solat Zuhur.

Pintu al-Maghareba dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis sejak tahun 1967. Ia menjadi laluan utama pendatang dan pelancong Yahudi menceroboh masuk, sedangkan orang Islam tidak dibenarkan melaluinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *