Mike Pompeo Tiba di Arab Saudi Untuk Bincang Konflik Dengan Iran

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo tiba di Riyadh pada hari Isnin untuk membincangkan bersama pegawai Saudi berkenaan konflik dengan Iran.

Pompeo dijangka bertemu Raja Salman bin Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohamed bin Salman di bandar Jeddah sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pada hari Ahad, Pompeo mengumumkan beliau akan melawat Timur Tengah untuk bertemu sekutu di rantau ini dan membentuk “gabungan global” terhadap Iran.

Lawatan itu datang beberapa hari selepas Iran menembak jatuh pesawat peninjau Amerika Syarikat di Selat Hormuz.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, membatalkan serangan balas terhadap Iran kerana dia mengatakan ia tidak akan menjadi respon “berkadar”.

Pompeo berkata bahawa kerajaan Amerika Syarikat bersedia untuk berunding dengan Iran.

Hubungan antara Amerika Syarikat dan Iran menjadi tegang sejak tahun lalu, ketika kerajaan Amerika Syarikat secara unilateral menarik balik perjanjian nuklear yang ditandatangani oleh Iran dan lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan Jerman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *