IRGC: Kami Mahu Damai Tetapi Kami Tidak Takut Perang

Panglima Pengawal Revolusi Islam Iran Mejar Jeneral Hossein Salami berkata negaranya tidak mahu berperang melawan Amerika Syarikat.

Walaupun mahu berdamai, namun Salami seperti yang dipetik oleh Rusia Today Ahad (19/05) menegaskan Iran sudah bersedia jika ia harus berkonflik Amerika Syarikat.

“Perbezaan antara kami dan mereka (Amerika Syarikat) adalah mereka takut untuk berperang dan tidak mempunyai keinginan untuk melakukannya,” kata komander berusia 59 tahun itu.

Ulasan Salami ini sejajar dengan Menteri Luar Mohammad Javad Zarif yang mengatakan Iran tidak ingin berperang, dan mengatakan tidak ada negara yang mahu berkonflik dengan mereka.

Salami membuat beberapa ulasan tentang ketegangan dengan Amerika Syarikat selepas Washington mengerahkan armada perangnya ke Teluk Parsi sebagai “amaran”.

General dua bintang itu berkata langkah itu adalah peperangan psikologi, dan berkata ia digunakan untuk kehadiran ketenteraan Amerika Syarikat berskala besar di sana.

Kemudian pada hari Sabtu (18/05), Salami mengejek sistem politik di Amerika Syarikat dan membandingkannya dengan tragedi 11 September 2001, atau dikenali sebagai 9/11.

Salami berkata, sistem politik Amerika Syarikat mempunyai banyak kelemahannya. Walaupun ia kelihatan hebat, sebenarnya sistem ini seperti osteoporosis. Dia membandingkannya dengan World Trade Centre.

“Kisah Amerika seperti World Trade Center yang diserang dan runtuh secara tia-tiba,” kata Salami, merujuk kepada bangunan kembar yang terkena tragedi 9/11 yang dipetik oleh CNBC.

April lepas, Presiden Donald Trump mengisytiharkan IRGC sebagai kumpulan pengganas, menjadikan tentera rasmi negara pertama yang dilabelkan seperti itu.

Tehran melalui Majlis Keselamatan Negara kemudian mengisytiharkan CENTCOM dan organisasi-organisasinya di bawah pendiriannya sebagai pengganas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *