65 Orang Palestin Cedera Semasa Demonstrasi Peringatan Hari Nakbah

Lebih daripada 60 rakyat Palestin cedera di Semenanjung Gaza yang dikepung dalam serangan rejim Israel terhadap penunjuk perasaan pada ulang tahun ke-71 Hari Nakbah (Hari Bencana).

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra, berkata 65 rakyat Palestin, termasuk 22 kanak-kanak dan 5 wanita, cedera semasa bantahan pada hari Rabu (15/05) semalam.

Menurut laporan itu, kebanyakan mangsa cedera dilanda peluru hidup.

Qedra seterusnya mengatakan bahawa tentera rejim Israel juga mensasarkan kakitangan perubatan, menyerang tiga paramedik dengan peluru getah.

Demonstrasi memperingati Hari Nakbah juga diadakan di bandar Ramallah di wilayah Tebing Barat yang diduduki.

Hari Nakbah ditandakan setiap tahun pada 15 Mei. Ini merujuk kepada pengusiran paksa sekitar 700,000 orang Palestin dari tanah mereka selepas penciptaan paksa negara Israel pada tahun 1948. Rakyat Palestin yang dipindahkan itu terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di Tebing Barat, Gaza dan negara-negara jiran.

Dalam memperingati ulang tahun ke-71 Hari Nakbah, gerakan Hamas Palestin menggambarkan pejuang perlawanannya sebagai garis merah, dengan kuat mengkritik usaha beberapa negara Arab dan kerajaan Teluk Parsi untuk menormalkan hubungan diplomatik dengan rejim Israel selepas bertahun-tahun hubungan rahsia dengan rejim penjajah.

Ketegangan telah meningkat tinggi berhampiran pagar yang memisahkan Gaza dari wilayah yang diduduki, sejak 30 Mac, yang menandakan permulaan siri protes yang dipanggil “The Great March of Return.” Para penunjuk perasaan Palestin meminta hak untuk kembali kepada mereka yang diusir dari tanah air mereka.

Lebih 300 rakyat Palestin terbunuh sejak itu, dan lebih daripada 17,300 orang telah cedera.

Gaza telah dikepung oleh rejim Israel sejak Jun 2007, yang telah menyebabkan penurunan dalam taraf hidup.

Rejim Israel telah melancarkan tiga perang besar melawan wilayah itu, membunuh beribu-ribu rakyat Gaza dan memusnahkan infrastruktur di rantau miskin itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *