Dua rakyat Palestin dan dua dari rejim Israel telah terbunuh oleh serangan roket dan udara berikutan keganasan yang bermula semalam menurut laporan. Kedua-dua pihak juga mengatakan terdapat orang awam telah mengalami kecederaan serius.
Dua dari pihak rejim Israel cedera parah dan kemudian meninggal dunia pada hari Ahad dari kecederaan yang mereka alami selepas roket yang dilancarkan menyasarkan sebuah kilang di bandar selatan Ashkelon, 50km selatan Tel Aviv.
Seorang lelaki lain di Ashkelon dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas keretanya dilanggar secara langsung oleh sebuah roket.
Beberapa minit selepas serangan dilaporkan, rejim Israel mengumumkan bahawa ia telah menyerang sekumpulan militan yang melancarkan roket dari utara Gaza.
Rejim Israel mendakwa bahawa seorang lelaki rakyat Palestin yang terbunuh di Semenanjung Gaza pada Ahad adalah seorang komander Hamas. Ahmed Abed Khudri, yang keretanya terkena serangan udara rejim Israel, didakwa membantu pemindahan dana dari Iran ke kumpulan bersenjata di Gaza.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata bahawa serangan pada hari Ahad di bandar itu telah membunuh sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin dan dua yang lain cedera parah.
Kematian itu berlaku beberapa jam selepas seorang Israel dilaporkan terbunuh di Ashkelon setelah roket yang dilancarkar menimpa rumahnya. Serangan itu menyebabkan sembilan orang cedera. – RT
