Iran Ancam Keluar Dari Perjanjian Nuklear

Menteri Luar Iran Muhammad Jawad Zarif pada hari Ahad (28/04), mengatakan bahawa Iran keluar dari perjanjian nuklear adalah salah satu jalan penyelesaian yang dipertimbangkan oleh kerajaan Iran.

Beliau berkata, “Iran mempunyai banyak pilihan penyelesaian, keluar dari perjanjian nuklear adalah salah satu pilihan penyelesaian.”

Kenyataan itu adalah tindak balas Iran selepas penambahan hukuman Amerika terbaru terhadap Iran. Iran menganggap Kesatuan Eropah tidak dapat melindungi Iran dari tekanan Amerika.

Bahram Al-Qasami, Duta Iran di Paris, mengatakan bahawa pihak Eropah tidak mempunyai kuasa untuk menerapkan janji-janji berkenaan kerjasama nuklear.

Kesatuan Eropah telah berjanji untuk mengekalkan perjanjian nuklear dari pelbagai ancaman. Namun, menurut Pengerusi Parlimen Iran, Ali Larijani, Kesatuan Eropah belum lagi berusaha ke arah itu.

Iran telah mengancam untuk keluar dari perjanjian nuklear beberapa kali. Mereka menganggap bahawa tidak ada perubahan ketara dalam ekonomi Iran dalam perjanjian antarabangsa.

Hukuman terbaru Amerika adalah untuk membatalkan lesen dari beberapa negara yang telah diberikan pengecualian untuk mengimport minyak dari Iran. – SPNA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *