Sekurang-kurangnya 60 warga Palestin telah tercedera dalam serangan pada Jumaat yang lalu (26/04) di sepanjang sempadan Gaza, termasuk 36 ditembak dan telah tercedera dalam insiden yang dilakukan rejim Israel tersebut. Kementerian kesihatan Palestin memberitahu hal ini sebagai perkembangan terbaru di kawasan itu.
“60 orang cedera atas tindakan pasukan rejim Israel dan 36 darinya ditembak secara tepat”, kata jurucakap kementerian Ashraf Al-Qudra kepada AFP.
“Seorang jurucakap tentera rejim Israel mengatakan sekitar 7,000 penunjuk perasaan telah berkumpul di kebanyakan tempat di sepanjang sempadan yang dikawal ketat, dan mendakwa tindakan mereka melempar batu serta bahan letupan, dan pasukan rejim Israel telah bertindak sebagai tindak balas atas tunjuk perasaan tersebut.
Warga Palestin di Gaza telah menyertai tunjuk perasaan di sepanjang pagar sempadan Israel selama lebih dari satu tahun, menyeru agar rejim Zionis untuk menamatkan sekatan wilayahnya.
Sekurang-kurangnya 265 warga Palestin telah terbunuh dalam tembakan rejim Israel sejak tunjuk perasaan bermula pada Mac 2018, majoritinya ketika pertembungan sempadan yang dikenali dengan ‘Great March of Return.’