Seorang pegawai kanan Iraq memberi amaran bahawa, beratus-ratus pengganas ISIS mendapat sokongan Amerika berada di gurun barat al-Anbar di sepanjang sempadan Syria.
Ketua Pejabat Organisasi Badr di al-Anbar Qusai al-Anbari mengatakan kepada laman web al-Ma’aloumah bahawa pasukan Amerika secara rahsia menyokong para pengganas ISIS dan memantau gurun al-Anbar.
Beliau menambah bahawa wilayah Hit dan Hasibah al-Baghdadi kini dikawal sepenuhnya oleh Amerika, dan memberi amaran tentang kemungkinan menduduki padang pasir al-Anbar oleh ISIS.
Al-Anbar sebelum ini juga mengatakan bahawa Amerika menempatkan 700 pengganas ISIS di barat al-Anbar untuk menyasarkan pasukan keselamatan Iraq.
Awal bulan ini, beliau berkata bahawa tentera Amerika yang ditempatkan di pangkalan yang diduduki di wilayah al-Anbar menggunakan pengganas ISIS untuk menyamar sebagai orang biasa dan menyasarkan pasukan keselamatan Iraq di kawasan padang pasir di rantau ini.
Beliau menambah bahawa Amerikah menyuruh pengganas ISIS menyamar sebagai pengembala dan suku puak untuk melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan Iraq, Hashd al-Shaabi dan orang awam di padang pasir al-Anbar.
Al-Anbari mengatakan bahawa pasukan Amerika bahkan telah menyediakan haiwan ternakan untuk pengganas ISIS untuk menyamar sebagai pengembala.
