Pasukan rejim zionis Israel pada hari Rabu (24/04) telah merobohkan rumah Omar Amin Abu Laila salah seorang komando Plaestin di Tebing Barat.
Tentera penjajah menjalankan operasi itu selepas memasang alat letupan, dan setelah letupan kemusnahan itu ia disertakan dengan jentolak tentera.
Sejumlah pasukan tentera rejim Israel telah menyerang bandar Zawiyah pada lewat hari Selasa (23/04), diiringi oleh jentolak tentera, menuju rumah keluarga komando Palestin Abu Laila dan mengisytiharkan daerah sebagai zon tentera yang tertutup.
Komando Palestin, Omar Abu Laila, melakukan serangan hendap pada bulan Mac, membunuh dua tentera rejim Israel dan melukai orang lain di kawasan pendudukan “Ariel”.
“Abu Laila” dibunuh oleh askar rejim Israel pada 19 Mac selepas pertempuran bersenjata dengan pasukan rejim Israel di kampung Aboyen dekat bandar Ramallah. – YP
