Majlis Interim Tentera Sudan Memecat Tiga Pendakwa Raya Utama

Omar al-Bashir, bekas Presiden Sudah yang digulingkan

Ketua Majlis Ketenteraan Transisi memerintah Sudan (TMC) telah memecat tiga pendakwa raya peringkat tertinggi negara itu, kata majlis itu pada hari Selasa, selepas penunjuk perasaan menuntut penambahbaikkan badan kehakiman sebagai langkah menuju kerajaan awam, laporan Reuters.

Pertubuhan Profesional Sudan (SPA), sebuah kumpulan yang menerajui pemberontakan popular, telah mengeluarkan satu senarai panjang tuntutan untuk perubahan besar-besaran untuk mengakhiri penindasan dan meringankan krisis ekonomi selepas pihak tentera melarikan veteran autokrat Omar al-Bashir minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, TMC berkata ketua majlis Abdel Fattah al-Burhan telah memecat ketua pendakwa raya Omar Ahmed Mohamed Abdelsalam dan timbalan pendakwa raya Hesham Othman Ibrahim Saleh, serta pendakwa raya Amer Ibrahim Majid.

Alwaleed Sayed Ahmed Mahmoud telah dilantik untuk menjalankan tugas Abdelsalam, katanya. Latar belakang Mahmoud belum lagi dapat diketahui.

Dalam sidang akhbar pertamanya pada Isnin lalu, SPA – pertubuhan yang mengetuai protes berbulan-bulan lamanya hingga mengakibatkan Bashir digulingkan selepas 30 tahun berkuasa – menyeru agar TMC dibubarkan dan memberi laluan kepada penubuhan majlis pentadbiran awam sementara dengan penyertaan wakil tentera.

Ia juga menyeru penghapusan Abdelsalam bersama ketua badan kehakiman dan timbalannya dan menambah bahawa protes massa tidak akan berhenti sehingga permintaan dipenuhi. Ketua Hakim tidak dinyatakan dalam penyataan TMC tersebut.

Pada hari Selasa, seorang saksi Reuters mengatakan beratus-ratus profesor Universiti Khartoum yang membawa sepanduk “kerajaan peralihan awam” dan “demokrasi” berarak dalam protes di luar Kementerian Pertahanan yang bermula pada 6 April.

Ahli akademik adalah antara mereka yang paling dihormati dalam masyarakat Sudan, menambahkan lagi simbol kekuatan kepada perarakan tersebut.

Satu delegasi dari Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu telah bertemu dengan Burhan,ketua TMC di Khartoum pada hari Selasa, menurut satu kenyataan majlis tersebut. Semasa pertemuan itu, Burhan “memuji hubungan antara Sudan, Arab Saudi dan UAE”, menurut kenyataan itu lagi.

Sebagai ketua tentera Sudan, Burhan mengawasi pasukan Sudan yang bertempur dalam perang yang dipimpin oleh Saudi di Yaman dan mempunyai hubungan erat dengan pegawai kanan tentera Teluk.

UAE, yang menjadi anggota gabungan Saudi di Yaman, segera menyambut pelantikan Burhan dan berkata ia melihat untuk mempercepat bantuan ke Sudan. Tidak lama selepas pencalonan Burhan, Arab Saudi berkata ia akan menyediakan gandum, bahan api dan ubat ke Sudan.

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi juga telah membuat panggilan telefon kepada Burhan pada Selasa lalu untuk menawarkan sokongannya,kata jurucakap Sisi.

Jurucakap itu berkata dalam satu kenyataan bahawa Sisi telah mengesahkan “sokongan penuh Mesir untuk keselamatan dan kestabilan Sudan dan sokongannya terhadap kehendak dan pilihan rakyat Sudan”.

TMC mengesahkan panggilan telefon tersebut dalam satu kenyataan dan berkata Sisi dijangka melawat Sudan pada masa terdekat.

Ahli TMC Jalal al-Deen al-Sheikh bertemu dengan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika Moussa Faki Mahamat di Addis Ababa dan memberinya surat daripada Burhan yang menangani situasi di Sudan dan mengundang Mahamat untuk melawat Sudan, kata agensi berita negara Sudan SUNA.

Ia memetik Sheikh sebagai berkata Mahamat telah menyatakan “pemahaman” untuk keputusan yang diambil oleh TMC setakat ini.

Majlis Perdamaian dan Keselamatan AU pada Isnin lalu menggesa TMC agar segera memindahkan kuasa kepada pihak berkuasa pimpinan awam dalam masa 15 hari atau berdepan risiko Sudan digantung daripada AU.

Pada hari Isnin, Sheikh memberitahu sidang akhbar di Addis Ababa, di mana Kesatuan Afrika berpengkalan, TMC sudah dalam proses mengambil perdana menteri untuk pemerintahan awam – menjelang pemilihan yang dijanjikan dalam tempoh dua tahun. – Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *