Kerajaan Keselamatan Negara Sudan pada hari Khamis (11/04) mengucapkan tahniah kepada rakyat Sudan mengenai kejayaan revolusi dan penggulingan Omar al-Bashir.
“Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Sudan kerana kejayaan langkah pertama revolusi, yang merupakan penggulingan rejim Arab,” kata jurucakap dan penerangan kerajaan, Daifallah al-Shami dalam ciapannya di Twitter.
Al-Shami juga menggesa supaya rakyat Sudan meneruskan gerakan revolusi ini dan memberi tekanan supaya “menarik tentera Sudan dari menyertai pakatan tentera yang dipimpim Saudi dalam kekejaman di Yaman.”
Beliau menggesa rakyat Sudan untuk menyelesaikan revolusi mereka sehingga mereka mencapai aspirasi mereka untuk pembaharuan dan kebebasan keputusan mereka dari kuasa-kuasa keangkuhan global.
Jurucakap itu juga mengesahkan hubungan erat antara Yaman dan Sudan dan keinginan kerajaan Sudan untuk membantu memajukan Yaman.
