Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan terkini yang menyebutkan seramai 114 juta orang di 53 negara tahun lalu mengalami “kebuluran yang dahsyat”.
Laman Straits Times melaporkan pada hari Rabu (03/04) bahawa kelaparan itu disebabkan oleh perang dan bencana alam. Afrika dipanggil benua yang paling terjejas.
Laporan yang dikeluarkan itu adalah edisi ketiga kajian tahunan yang bermula pada tahun 2016.
Yaman, Republik Demokratik Congo, Afghanistan dan Syria adalah antara lapan negara yang menyumbang kepada mangsa kebuluran yang terbesar di dunia, kata Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) dalam laporan global mengenai krisis makanan tahun 2019.
Dalam laporan itu juga mengatakan bahawa, hampir 72 juta orang di benua Afrika menderita kebuluran, kata Pengarah kecemasan FAO Dominique Bourgeon kepada agensi berita AFP.
Penemuan laporan kajian juga menunjukkan bahawa, konflik dan ketidakamanan masih menjadi penyebab utama kebuluran, serta ketidakstabilan ekonomi dan iklim yang berkaitan seperti kemarau dan banjir.
“Hampir 80 peratus penduduk di negara-negara yang berada di ambang kebuluran, memerlukan bantuan kemanusiaan secepat mungkin terhadap bantuan makanan, dan langkah-langkah alternatif untuk meningkatkan kualiti pertanian,” kata Bourgeon.
Laporan itu juga menyerlahkan ketegangan di negara-negara yang menjadi tuan rumah kepada banyak pelarian, termasuk negara-negara jiran Syria dan Bangladesh, yang menempatkan lebih dari satu juta umat Islam Rohingya dari Myanmar.
FAO juga mengatakan, pihaknya menganggarkan bilangan itu akan meningkat ‘jika krisis politik dan ekonomi terus berlaku di Venezuela’, yang berkemungkinan akan menyatakan kekurangan bekalan makanan tahun ini.
Bourgeon berkata beliau bimbang tentang kadar kemiskinan yang meningkat di Venezuela, kerana negara itu sedang berjuang dengan keadaan ekonomi dan kehidupan yang buruk, berikutan krisis politik yang tidak berkesudahan.
Di peringkat global, kajian ini mencatatkan bahawa keadaan keseluruhan bertambah sedikit pada 2018 berbanding tahun 2017, apabila 124 juta orang mengalami kebuluran.
Penurunan ini sebahagiannya disebabkan oleh fakta bahawa beberapa negara di Amerika Latin dan rantau Asia Pasifik, misalnya, kurang terjejas oleh bencana cuaca yang melanda pada tahun-tahun sebelumnya. – Liputan6
