Seorang profesor dari Universiti Ibrani di Jerusalem Nadera Shalhoub-Kevorkian berkata, tentera Israel sedang menguji pelbagai senjata dengan mensasarkan penduduk Palestin termasuk kanak-kanak untuk menguji kekuatan senjata mereka.
“Israel sedang menjalankan ujian senjata mensasarkan kanak-kanak Palestin,” jelasnya dalam kuliah umum minggu lalu di Columbia University, dipetik dari laman web Press TV, Isnin (18/2).
“Ruang terbuka Palestin adalah makmal bagi industri keselamatan Israel,” katanya.
Shalhoub-Kevorkian, profesor dalam bidang hal ehwal sosial, memetik keterangan beberapa kanak-kanak Palestin menekankan bahawa tentera Israel secara khusus mensasarkan generasi muda untuk ujian senjata ini, berdasarkan radio milik tentera Israel.
“Tentera Israel menguji bom apa yang digunakan, mereka akan memasukkan kami ke dalam beg plastik atau beg kain, sama ada untuk memukul kami dengan senapang atau menendang kami dengan kasut mereka,” kata seorang kanak-kanak bernama Muhammad, menurut laporan itu.
Syarahan awam Shalhoub-Kevorkian bertajuk “Teknologi Keganasan di Baitulmuqaddis Palestin”, berdasarkan penyelidikannya di Israel semasa berkhidmat di Universiti Ibrani. Beliau juga menyampaikan bahan ini di berbagai tempat di luar negeri.
Universiti tidak menentang bahan yang dikemukakan oleh Shalhoub-Kevorkian. Mereka menyatakan bahawa apa yang profesor Arab disampaikan adalah pandangan peribadi, tidak mewakili universiti.
Dalam satu kenyataan universiti itu berkata, “Ini adalah pendapat peribadi beliau yang mewakili dirinya sendiri”.
Berdasarkan laporan media sebelumnya, tentera Israel juga dituduh mengambil organ dari anak-anak Palestin yang dibunuh. Robrecht Vanderbeeken, setiausaha kesatuan pekerja ACOD Belgium dan juga ahli falsafah sains, mengatakan pada Ogos 2018 bahawa penduduk Palestin di Gaza kelaparan, diracun, dan kanak-kanak diculik dan dibunuh untuk organ mereka.
Pada bulan November 2015, duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata Israel mengambil organ-organ Palestin yang dibunuhnya. Dalam satu surat kepada Setiausaha Agung PBB, Riyad Mansour berkata, mayat Palestin yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel “dikembalikan dengan kornea yang hilang dan organ lain, kemudiannya mengesahkan laporan tentang pengambilan organ oleh penceroboh.”
The New York Times dalam laporan Ogos 2014 menyatakan bahawa broker pemindahan di Israel telah mendapat keuntungan yang besar. Berdasarkan analisis akhbar mengenai kes pemerdagangan organ utama sejak tahun 2000, Israel telah memainkan “peranan yang tidak seimbang” dalam pemerdagangan organ.
Isu kecurian organ oleh Israel pertama kali diterbitkan oleh Aftbladet Sweden pada tahun 2009.
Pada tahun 2000, Yehuda Hiss, bekas ketua Institut Forensik Israel telah mengatakan bahawa ahli patologi Israel di institut tersebut akan mengumulkan kulit, kornea, injap jantung dan tulang dari mayat Palestin tanpa kebenaran daripada keluarga mangsa. Wawancara itu diterbitkan sekitar tahun 2009 oleh Nancy Scheper-Hughes, seorang profesor antropologi di Universiti California-Berkeley, sebagai sebahagian daripada siasatannya di institut itu. Beliau telah menyiasat perkara ini sebagai tindak balas kepada pertikaian antara Israel dan Sweden atas laporan Aftonbladet. – merdeka.com
