Rejim Bahrain tidak hanya berpuas hati dengan mengumumkan normalisasi hubungan dengan rejim Zionis. Kebodohan politik rejim Al Khalifa berlanjutan dengan pengumuman hukuman bagi mana-mana pekerja yang mengkritik polisi Kerajaan Manama.
Dilaporkan oleh al-Alam, Mahkamah Agung Bahrain memutuskan untuk menghukum pekerja yang memprotes polisi kerajaan dengan cara apa pun. Keputusan ini diambil bagi membendung protes rakyat terhadap normalisasi hubungan dengan Israel.
Dalam beberapa hari ini, rakyat Bahrain telah mengadakan demonstrasi di Manama, dan juga beberapa bandar lain, sebagai bentuk penentangan keras terhadap polisi kerajaan.
Sejalan dengan rakyat, para ulama Bahrain juga menyuarakan bantahan terhadap normalisasi. Mereka menekankan bahawa tindakan ini sama dengan deklarasi permusuhan terhadap rakyat.
Keputusan yang terburu-buru ini bukan merupakan dasar anti-rakyat pertama rejim Al Khalifa. Sebelum ini, rejim ini telah melakukan banyak tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Bahrain, termasuk tindakan penindasan terhadap demonstrasi dan penyiksaan terhadap tahanan di penjara, dan bahkan melakukan perampasan terhadap warga Bahrain sendiri; tindakan yang jelas bertentangan dengan semua undang-undang antarabangsa.
Tidak syak lagi bahawa deklarasi perjanjian Regim Bahrain dengan Rejim Zionis, yang mengikuti langkah UAE, adalah usaha untuk menyenangkan Donald Trump. Tetapi langkah ini juga merupakan paku terakhir dalam keranda rejim ini, yang telah kehilangan keabsahannya sejak revolusi bermula.
Rakyat Bahrain, yang telah lama ditindas oleh dinasti Al Khalifa, kini turun ke jalanan bagi mendedahkan Rejim itu, yang mana hanya merupakan boneka bagi Washington dan Riyadh untuk melaksanakan arahan mereka. Sekiranya revolusi ini berterusan, maka rejim Bahrain akan menjadi yang paling rugi dalam hal ini.
Menormalkan hubungan dengan Israel bukanlah kehendak rakyat Bahrain. Protes yang berterusan di pelbagai bandar di negara ini setelah pengumuman normalisasi adalah penegasan bahawa semua kumpulan di Bahrain tidak mengakui keabsahan dinasti Al Khalifa, serta penegasan bahawa normalisasi ini adalah mengabaikan kedaulatan, nasionalisma, Perlembagaan, aspirasi rakyat, dan kestabilan negara.
Gelombang demonstrasi ini juga mengingatkan rejim Zionis untuk tidak berfikir bahawa rakyat Manama akan menyambutnya dengan bunga, kerana rakyat revolusioner Bahrain selalu menyokong kepentingan Palestin.
Sumber: Poros Perlawanan