Pertempuran telah meletus antara pengganas “Jabhat al-Shamiyah” dan “Ahrar al-Sham” di pinggir timur Aleppo, setakat ini menyebabkan 22 maut dan cedera.
Pengganas “Jabhat al-Shamiyah” dan “Ahrar al-Sham” terlibat dalam pertempuran maut kawasan al-Bab di pinggir timur Aleppo Syria pada hari Sabtu.
Susulan daripada pertempuran ini, tujuh orang terbunuh dan 15 yang lain cedera, lapor media tempatan.
Sumber di kawasan itu berkata bahawa Jabhat al-Shamiyah menyerbu Markas Ahrar al-Sham di kawasan luar bandar al-Bab dan menangkap beberapa militan daripada mereka.
Sumber berita: Mehr News
