Amerika Sahkan Penyitaan Laman Web Iran, Dengan Tuduhan Maklumat Tidak Betul

33 laman web yang terikat dengan Kesatuan Radio dan Televisyen Islam Iran dan 3 laman web yang dikaitkan dengan Kataib Hizbullah disita: Jabatan Kehakiman

 

Amerika Syarikat mengesahkan pada hari Selasa penyitaan puluhan laman web Iran dan yang berkaitan dengan Iran, yang mendakwa mereka dikendalikan dengan melanggar sekatan Amerika dan digunakan untuk melakukan “maklumat yang tidak baik.”

Secara keseluruhan, 33 laman web yang dihubungkan dengan Kesatuan Radio dan Televisyen Islam Iran (IRTVU) dan tiga laman web yang dikaitkan dengan kumpulan pejuang Kataib Hezbollah Iraq telah disita, kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

IRTVU dikeenakan sekatan di bawah pemerintahan mantan Presiden Donald Trump pada 22 Oktober 2020. Ia dimiliki oleh Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran, Pasukan Quds, yang ianya sendiri dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat, kata jabatan itu.

Pejabat Jabatan Perbendaharaan bahagian Kawalan Aset Asing (OFAC) telah menetapkan IRTVU sebagai pembalasan atas dakwaan percubaan Iran untuk campur tangan dalam pilihan raya Amerika dan “menabur perselisihan di antara penduduk yang mengundi dengan menyebarkan maklumat yang tidak betul dalam talian dan melaksanakan operasi pengaruh jahat yang bertujuan untuk menyesatkan pengundi Amerika Syarikat,” kata Jabatan Kehakiman.

33 domain yang digunakan oleh IRTVU dimiliki oleh syarikat Amerika, begitu juga dengan tiga domain yang digunakan oleh Kataib Hezbollah, tambahnya. Kataib Hezbollah dilabel sebagai organisasi pengganas asing oleh Jabatan Negara pada tahun 2009.

Awal hari Selasa, pengunjung beberapa laman web Iran, termasuk penyiar berbahasa Inggeris PressTV, disambut dengan layar biru dan merah dengan mesej bahawa mereka telah “disita” di bawah undang-undang Amerika.

Paparan di laman web PressTV tertera mesej “Domain presstv.com telah disita oleh Kerajaan Amerika Syarikat sesuai dengan waran penyitaan yang dikeluarkan berdasarkan 18 USC 981, 982 dan 50 USC 1701-1705 sebagai sebahagian dari tindakan ubdang-undang oleh Biro Industri dan Keselamatan, Pejabat Penguatkuasaan Eksport dan Biro Penyiasatan Persekutuan, “.

Mesej yang sama muncul di laman web al-Alam dan al-Masirah, kedua-dua saluran berita 24 jam yang berbahasa Arab.

Media-media kerajan dan separa kerajaan Iran dalam laporan mereka menyebutnya sebagai “pelanggaran terang-terangan terhadap kebebasan akhbar.”

 

 

Sumber berita: Anadolu Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *