Tentera Israel Merempuh Remaja Di Al-Quds Kerana Mengibarkan Bendera Palestin

Tentera rejim Israel telah melangar seorang remaja Palestin di Timur al-Quds yang dijajah, hanya dengan alasan remaja terbabit mengibarkan bendera Palestin di basikalnya dan menahannya.

Agensi berita Shehab Palestin melaporkan bahawa tentera rejim haram itu mengejar Jawad Abbasi yang berusia 15 tahun dengan kenderaan mereka di kejiranan Ras al-Amud di Silwan, bahagian selatan Masjid al-Aqsa, pada waktu petang Ahad dan kemudian melangarnya sehingga mencederakan kakinya.

Agensi berita itu menyiarkan rakaman kejadian terbabit di Twitter mereka.

Tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan hanya dengan alasan remaja berkenaan mengibarkan bendera Palestin di basikalnya, tambahnya.

Silwan, sebuah bandar dengan kepadatan seramai 33 ribu warga Palestin, terletak di Jurusalam al-Quds. Tentera rejim Israel telah menempatkan warga pelampau Yahudi ke kawasan itu sejak tahun 1980-an, sehinggalah ratusan peneroka haram tinggal di sana dengan paksa.

Pelbagai pelangaran hak asasi manusia, termasuk mengusir penduduk asal Palestin dengan paksa. Tidak terlepas juga dengan kawasan Silwan yang diteroka secara kejam oleh pelampau tahudi dan mereka juga disokong oleh sebuah yayasan, Ateret Cohanim, yang berfungsi sebagai akar umbi penaklukan yahudi di timur jurusalam al-Quds.

Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, Amnesty International dengan menolak dengan tegas rancangan pengusiran warga Palestin dari kediaman mereka di Silwan sebagai “satu lagi gambaran jelas kelicikan jenayah rejim Israel untuk mengusir warga Palestin.”

Wakil Pengarah Timur Tengah dan Afrika Utara dalam organisasi hak asasi manusia yang berpusat di London, Saleh Higazi, mengatakan bahawa rejim Israel “mencucuh api kemarahan dengan melakukan keganasan yang sama dan pelangaran hak asasi manusia secara sistematik terhadap warga Palestin” dengan mengesa keputusan Mahkamah Daerah Jerusalem al-Quds dalam proses rayuan yang tertangguh mengenai perintah pengusiran.

Lebih dari 600 ribu orang yahudi Israel tinggal di lebih daripada 230 penempatan haram yang dibina sejak penjajahan rejim jahanam Israel pada tahun 1967 di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Jurusalam al-Quds.

Awal minggu ini, lebih dari 300 pegawai akademik, ngo, persatuan, dan pelbagai kumpulan masyarakat di seluruh dunia, menyatakan sokongan ke atas perjuangan hak-hak warga Palestin ketika perang rejim Israel di Gaza.

Mereka mengatakan bahawa rejim Israel telah melakukan kekejaman “apartheid” dengan berusaha mempertahankan pengaruhnya di wilayah-wilayah yang dijajah.

 

 

Sumber : Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *