Peneroka Haram Israel Akan Terus Dihantui Peluru Berpandu, Drone Palestin : Menteri Pertahanan Iran

Menteri Pertahanan Iran berkata, drone dan peluru berpandu Palestin akan terus menghantui peneroka haram Israel di dalam wilayah pendudukan ekoran kegagalan pencerobohan terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.

 

“Mulai sekarang, drone, peluru berpandu, dan kemampuan pertahanan pemilik sebenar Palestin akan menghantui para peneroka haram Israel seperti mimpi buruk,” kata Brigadir Jeneral Amir Hatami dalam pertemuan pegawai tinggi Kementerian Pertahanan Iran pada hari Ahad.

 

Beliau menambah bahawa perkara paling penting dalam perkembangan kemenangan menentang rejim Israel dalam perang baru-baru ini adalah peningkatan perpaduan dan solidariti di kalangan semua rakyat Palestin di seluruh wilayah yang dijajah dalam menghadapi rejim Zionis yang bersalah dan penyokongnya dari Barat serta Amerika.

 

“Seperti yang dikatakan oleh Pemimpin Revolusi Islam yang bijaksana, Ayatollah Sayyed Ali Khamenei, rejim Zionis tidak akan melihat 25 tahun ke depan,” tambah ketua pertahanan Iran itu.

 

Sambil merujuk kepada kemenangan pejuang Palestin atas “rejim Israel yang bersenjata,” Hatami menekankan bahawa rakyat Palestin memerangi musuh dalam keadaan yang paling sukar “dan muncul sebagai pemenang melalui kepercayaan kepada kemenangan ilahi atas kepalsuan.”

Perang Gaza telah bermula pada 10 Mei dan berakhir pada 21 Mei apabila rejim pendudukan haram itu mengummumkan gencatan senjata sepihak, melalui pengantaraan Mesir, yang diterima oleh kumpulan pejuang Palestin di Gaza.

Perang itu dipicu setelah beberapa minggu keganasan Israel terhadap jamaah Palestin di Masjid al-Aqsa dan percubaan rejim untuk memaksa lebih banyak warga Palestin keluar dari rumah mereka di kawasan Sheikh Jarrah bagi memberi laluan untuk membina penempatan haram baru.

Sepanjang 11 hari pertembungan itu, serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 254 orang rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, dan mencederakan hampir 2000 orang awam Palestin, dan menyebabkan lebih dari 72 ribu orang di kawasan terkepung itu menjadi pelarian. Di sisi lain, serangan roket Palestin pula tekah mengorbankan 12 orang waga Israel di wilayah yang didudukinya.

Komander Divisi Udara, Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh berkata pada hari Sabtu bahawa rejim Zionis dan Amerika Syarikat semakin merosot dan akan menghadapi lebih banyak kekalahan kerana barisan pejuang akan mencapai kemenangan yang lebih besar pada masa akan datang.

Tambah Hajizadeh lagi, kemenangan barisan pejuang islam dan kekalahan berturut-turut keangkuhan global dan rejim Zionis tidak terbatas pada polisi mereka mengenai Palestin, Lubnan, Syria, Iran, Iraq atau Yaman sahaja dengan mengatakan, “Zionis tahu bahawa mereka harus bersiap sedia dan tinggalkan wilayah ini. ”

Di bahagian lain dalam ucapannya itu, Hatami memberi amaran bahawa musuh Republik Islam sedang berusaha untuk mematahkan perjuangan bangsa Iran dan menghilangkan Republik Islam dari wilayah tersebut.

 

“Melalui propaganda negatif dan gambaran yang menyimpang dari pencapaian bernilai Republik Islam Iran, sistem dunia yang angkuh berusaha menghapuskan solidariti dan kekuatan sosial bangsa Iran, kerana mereka tahu bahawa hari ini, Iran adalah Iran yang kuat, yang merupakan sumber perkembangan besar baik di peringkat serantau mahupun di peringkat antarabangsa,”kata menteri pertahanan Iran itu.

 

 

 

Sumber berira: Press Tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *