Ketua gerakan Hamas di Gaza, Yahya Sinwar, telah menyifatkan perjanjian gencatan senjata yang baru-baru ini disepakati dengan Israel sebagai “rapuh” dan tidak menangani akar penyebab masalah tersebut.
Dalam satu temuramah dengan Anadolu, Sinwar berkata perjanjian gencatan senjata itu bergantung kepada perilaku Israel selama beberapa hari mendatang serta tekanan dari masyarakat antarabangsa di Tel Aviv untuk menghormati hak-hak rakyat, resolusi antarabangsa dan undang-undang.
Jumaat lalu, paksi-paksi pejuang Palestin di Semenanjung Gaza telah mencapai kesepakatan gencatan senjata dengan Israel, mengakhiri serangan 11 hari Tel Aviv di kawasan terkepung yang mengorbankan lebih dari 250 orang dan mencederakan ribuan lagi.
Dalam temubualnya dengan Anadolu, Sinwar menyatakan bahawa perjanjian gencatan senjata akan berlaku hanya jika Israel menahan diri dari menyerang Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palestin di mana sahaja mereka berada, sambil menambah: “Tetapi jika musuh [Israel] menyerang kesucian kita, mengulangi penodaannya terhadap Al- Masjidil Aqsa, dan menyerang orang-orang kita di kawasan Sheikh Jarrah bagi memaksa mereka keluar dari rumah mereka, gencatan senjata ini pasti akan meletup.”
Sumber berita: Middle East Monitor
