PM Palestin Rami Hamdallah Meletakkan Jawatan

Jurucakap Palestin berkata Perdana Menteri Rami Hamdallah hari ini mengemukakan peletakan jawatannya.

“Dia dan beberapa menteri meletak jawatan,” kata Ahmad Shami, jurucakap Hamdallah, kepada Times of Israel hari ini, Selasa (29/1).

Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) Mahmoud Abbas kini harus memutuskan sama ada untuk menerima atau tidak peletakan jawatan Hamdallah dan menterinya.

Dalam surat peletakan jawatannya kepada Presiden Abbas, perdana menteri berusia 60 tahun itu berkata beliau berharap kerajaan baru akan dibentuk tidak lama lagi dan ‘perdamaian nasional’ dengan Hamas dapat dicapai.

Hamdallah telah menjadi perdana menteri sejak 2013 dan beliau adalah anggota dari kem Fatah di PLO.

Pengunduran diri Hamdallah ini terjadi setelah dua hari lalu selepas Jawatankuasa Pusat Fatah mencadangkan pembentukan kerajaan baru yang dibarisi perwakilan dari pelbagai kem dalam tubuh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan beberapa tokoh individu.

Shami berkata bahawa jika Abbas menerima peletakan jawatan itu, Hamdallah dan beberapa menterinya yang lain akan tetap bertanggungjawab sehingga kerajaan baru dibentuk.

Ahli Jawatankuasa Fatah Azzam al-Ahmad berkata dua hari lalu penubuhan kerajaan baru itu adalah tindak balas terhadap sikap Hamas yang enggan menyerahkan kuasa di Jalur Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin.

“Kami bercadang membentuk pemerintahan dari beberapa kem sebagai tanggapan atas gagalnya Hamas menyandang tanggungjawab nasional untuk menyerahkan Jalur Gza kepada Pihak Berkuasa Palestin yang diiktiraf,” kata Azzam, pegawai-pegawai kanan Fatah di PLO kepada the Times of Israel.

“Hamas membantu menubuhkan kerajaan sebelum ini, kali ini mereka tidak akan mengambil bahagian atau melibatkan diri.”

Hamas mengutuk peletakan jawatan itu, dengan mengatakan Abbas mahu membentuk kerajaan pemisah dalam kepentingannya.

Palestin membentuk kerajaan pada 2014 dengan sokongan dari kem Fatah dan Hamas. Sejak itu Abbas telah mengubah susunan kabinet dua kali tanpa kelulusan Hamas.

Fatah dan Hamas masih dalam konflik sejak tahun 2007 apabila Fatah itu diusir dari Gaza.

Kedua-dua pihak sebelum ini telah menandatangani beberapa perjanjian damai untuk membuat Gaza dan Tebing Barat di bawah satu kerajaan, tetapi setakat ini tiada pelaksanaan telah dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *