Al-Araqeeb Dirobohkan Oleh Tentera Israel Buat Kali Ke-147

Pihak berkuasa Israel telah merobohkan kampung Bedouin Palestin, Al-Araqeeb untuk kali ke-147 pada hari Isnin,lapor Arab 48.

Tentera dan pihak berkuasa negara Israel yang dilengkapi dengan jentolak bergerak pada awal pagi dan memusnahkan khemah dan struktur kediaman yang digunakan oleh penduduk.

Al-Araqeeb pertama kali dirobohkan pada tahun 2010, dan sejak itu, pihak berkuasa Israel telah memerangi penduduk kampung Bedouin Palestin dengan perobohan, pendakwaan, dan denda yang berulang.

Kali terakhir kampung tersebut dimusnahkan pada 27 Jun.

Penduduk Al-Araqeeb menentang usaha untuk memaksa mereka dipindahkan dan tanah mereka dirampas untuk hutan baru oleh Dana Negara Yahudi.

Beribu penduduk Bedouin Palestin hidup dalam apa yang disebut ‘desa-desa yang tidak dikenali’, yang mana pihak berkuasa Israel enggan mengatur dan memberi asas perkhidmatan. – Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *