Sekiranya pengubahsuaian program Minggu Solidariti Palestin ini mahu dilakukan, mungkin ia boleh dihadkan untuk pelajar sekolah menengah sahaja
Minggu Solidariti Palestin adalah satu program dilakukan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dari kalangan anak muda terhadap nasib rakyat Palestin yang sudah 75 tahun berdepan kekejaman di tangan Zionis.
Isu kekejaman terhadap warga Palestin adalah isu yang merentasi etnik, agama dan kewarganegaraan kerana melibatkan hak kemanusiaan. Bukan sahaja orang Islam, bahkan jutaan orang termasuk penganut agama lain seperti Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain turut bersuara secara lantang bagi menentang kezaliman serta ketidakadilan yang dialami oleh rakyat Palestin.
Walau bagaimanapun, tindakan sesetengah pengurusan sekolah yang dikatakan terlalu bersemangat untuk mewujudkan kesedaran berkaitan Palestin dipercayai telah menyebabkan berlakunya insiden kecil.
Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan aksi kanak-kanak sekolah rendah bermain atau berlakon dengan senapang seperti kumpulan pejuang.
Susulan tularnya video berkenaan, sesetengah ibu bapa meluahkan rasa bimbang dan dilaporkan perkara tersebut telah dibenarkan oleh pihak sekolah.
Difahamkan, insiden berkenaan berlaku sebelum bermulanya Minggu Solidariti Palestin.
Berikutan itu, sebanyak 24 organisasi badan bukan kerajaan (NGO) telah menandatangani memorandum untuk menggesa pihak KPM mengekalkan Minggu Solidariti Palestin yang berlangsung dari 29 Oktober sehingga 3 November.
Ini kerana terdapat gesaan dari beberapa pihak agar program berkenaan dibatalkan susulan insiden yang berlaku di sebuah sekolah.
Walau bagaimanapun, kejadian tersebut hanya berlaku di sebuah sekolah sahaja dan tidak dilakukan di sekolah-sekolah yang lain.
Dalam memorandum tersebut, dinyatakan bahawa pengubahsuaian boleh dilakukan seperti menghadkan program Minggu Solidariti Palestin untuk pelajar sekolah menengah sahaja.
Tambah mereka lagi, pembatalan program pendidikan oleh pihak KPM hanya kerana satu insiden kecil adalah tidak patut dilakukan.
Memorandum gesaan ini telah ditandatangani oleh 24 NGO seperti berikut:
1. BDS Malaysia
2. Hashim Sani Centre for Palestine Studies
3. SEJAGAT
4. ABIM
5. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
6. PALESTINIAN CULTURAL ORGANISATION MALAYSIA PCOM
7. HALUAN Malaysia
8. Friends of Palestine ( FoP)
9. Pertubuhan mawaddah Malaysia
10. MAPIM
11. SHURA
12. MAP
13. Citizens International
14. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia
15. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
16. Viva Palestina Malaysia
17. Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia
18. ACCIN.
19. Palestinian Progressive Association Malaysia PPA-M
20. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
21. Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT)
22. Al-Quds Foundation Malaysia (QFM)
23. Muslim Care Malaysia
24. IKRAM Muda Malaysia
Sumber berita: FARAHIN FADZIL, The Rakyat Post
Foto: HEAD TOPICS
