Rahsia Kewangan Dunia – Bila Duit Dicabuli

Seluruh dunia sedang menghadapi malapetaka akibat hutang melampau yang tidak pernah disaksikan di dalam sejarah. Situasinya sudah terlalu parah sehingga kita hanya mempunyai 2 pilihan sahaja lagi iaitu :-

1. Berhenti membayar hutang (bankrupsi)

2. Menambah hutang dengan lebih banyak lagi (Inflasi)

Kita boleh dengar sebahagian orang menyalahkan pasaran bebas dan juga duit sebagai punca kepada masalah ini, dan ia sesuatu yang amat tragis kerana pasaran bebas sudah tidak wujud lagi di dunia ini dan kita juga sudah tidak lagi menggunakan duit yang asli.

Inilah punca utama kepada segala masalah ekonomi yang kita hadapi apabila duit yang kita gunakan telah dicabuli. Bahkan ia bukan sekadar isu ekonomi, malah ia menjejaskan kebebasan kita.

Bila krisis ini melanda, orang ramai akan menjerit meminta kerajaan melakukan sesuatu, sedangkan kerajaan (yang tunduk kepada Zionis) menjadi antara punca utama kepada masalah ini.

Penggunaan duit yang tidak stabil (sentiasa mengalami kecairan @ liquidity) akan memastikan proses perpindahan kekayaan dari warga awam kepada pihak2 atasan sentiasa berlaku sehingga ia kelak akan musnah dengan sendiri.

Saksikan bagaimana sistem perbankan pusat dunia (dicipta sejak 1944 oleh Zionis) yang diterapkan di bawah setiap kerajaan dunia mencabuli polisi kestabilan duit mereka sendiri.

Pelajari dan fahamkan apakah fungsi duit di dalam sesebuah ekonomi dan apakah aspek-aspek kekayaan sebenar di dalam sesebuah ekonomi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *