Dunia dijangka akan mempunyai sistem kewangan terbaru dalam dekad yang sedang kita lalui ini. Sebuah krisis deflasi atau kemelesetan ekonomi dunia yang parah dijangka akan berlaku hasil daripada aktiviti percetakan matawang yang luarbiasa sehingga akhirnya manusia akan hilang keyakinan kepada matawang kerana sudah tidak mempunyai sebarang nilai simpanan tenaga ekonomi.
Dan sejarah kewangan di setiap tamadun yang pernah wujud sejak 5 ribu tahun lepas sentiasa membuktikan bahawa manusia akan kembali semula kepada emas dan perak sebagai duit dan matawang mereka selaku tempat terbaik untuk menyimpan tenaga ekonomi mereka untuk digunakan dengan lebih berkesan dan mendatangkan lebih banyak keuntungan dalam setiap transaksi.
Rumusan ini dibuat berdasarkan kepada catatan-catatan sejarah kewangan dan ekonomi yang pernah berlaku sebelum di dalam setiap empayar yang pernah melalui zaman kegemilangannya sejak ribuan tahun lepas sebelum menemui titik kejatuhannya melalui kegagalan sistem kewangan yang menjadi pemangkin utama kepada ekonomi yang kukuh sehingga perjalanan sesebuah empayar itu boleh dibahagikan kepada 7 peringkat yang berbeza sebelum hayatnya berakhir.
Video ini akan menjelaskan secara terperinci akan 7 peringkat yang dimaksudkan itu dan mengapa berdasarkan kepada perkembangan terkini, tamadun ketika ini dilihat sedang berada di pengakhiran peringkat ke 6 dan diambang peringkat ke 7, di mana peringkat ke 7 itu akan menyaksikan perpindahan besar-besaran daripada matawang kuantiti kembali kepada duit berkualiti.
Tahukah anda bahawa sejak 120 tahun yang lepas kita sudah dihidangkan dengan 4 jenis standard kewangan di mana pada setiap titik perpindahan standard itu nilai duit atau matawang yang dipegang oleh manusia itu akan mengalami perubahan nilai yang dramatik?
US Dolar Standard memulakan langkahnya pada 1971 setelah Presiden Nixon menamatkan era Gold Standard demi mengelakkan penipuan Amerika semenjak tahun 1944 selepas tamat Perang Dunia Kedua di sektor kewangan antarabangsa daripada memakan dirinya kembali.
Namun era US Dolar Standard menyaksikan penipuan pada skala yang lebih hebat sehingga setelah 43 tahun berlalu, ia sudah semakin menghampiri titik penamatnya kerana skala inflasi dan bebanan hutang berbanding pendapatan sudah sampai pada tahap yang terlalu sukar untuk dipulihkan lagi.