Pada 4 April 2017, sekurang-kurangnya 70 nyawa terkorban dalam kejadian yang didakwa sebagai ‘serangan kimia’, di Khan Sheikoun, Idlib di Syria.
Amerika dan sekutunya dengan segera menuduh kerajaan Syria sebagai dalang serangan tersebut dan atas alasan itu, Presiden Amerika, Donald Trump serta-merta mengarahkan serangan ke atas Pangkalan Udara Syria.
Di satu pihak yang lain ada mengatakan bahawa kejadian itu kemungkinan besar didalangi oleh pihak pemberontak sebagaimana yang berlaku dalam kejadian serangan kimia di Syria tahun 2013.