Sehingga ke hari ini sudah lebih 70 tahun regim haram Zionis ini menduduki Palestin.
Rakyat Palestin yang tidak bersalah, kanak-kanak, wanita, orang tua ditangkap & dibunuh, kegiatan pertanian mereka dimusnahkan. Begitu juga hospital, sekolah dan pelbagai infrastruktur yang lain..
Isu Palestin bukan sekadar isu utama dunia Islam semata-mata. Bahkan realitinya ia adalah isu kemanusiaan. Isu sejagat.
Melalui isu Palestin, kita mengenali kawan & lawan kepada kemanusiaan. Melalui isu Palestin, kita mengenali kawan & lawan sebenar kepada dunia Islam.
Isu Palestin adalah isu terpenting umat Islam. Ini melibatkan maruah kita sebagai orang Islam ketika mana melihat saudara semuslim dirampas hak kemanusiaan mereka sesuka hati, Masjidil Aqsa yang mulia diceroboh dan kesuciannya dicemari..
Rasulullah SAW bersabda;
“Bukanlah Muslim dia yang tidak mengambil berat akan urusan saudara Muslimnya…”
Masjid al-Aqsa, Palestin adalah kiblat awal umat Islam. Ia memiliki nilai kekuatan strategik yang mana secara geografinya ia berada pada kedudukan yang sangat penting dalam penguasaan dan perhubungan geo-politik 3 benua besar iaitu benua Asia, benua Eropah dan benua Afrika.