
Jeneral Israel meletak jawatan selepas anggota kabinet perang rejim berundur
Komander Divisyen Gaza tentera Israel telah meletakkan jawatannya kerana gagal menghalang operasi bersejarah oleh kumpulan muqawamah Palestin yang berpangkalan di Semenanjung Gaza awal Oktober lalu. Peletakan jawatan Brigedier Jeneral Avi Rosenfeld dibuat pada hari Ahad selepas ahli politik haluan tengah rejim itu, Benny Gantz, meletak jawatan sebagai anggota kabinet perang Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu….