Hizbullah menyasarkan Ibu Pejabat Mossad, pangkalan tentera Glilot berhampiran Tel Aviv dalam ‘serangan’ terbesar

Pergerakan muqawamah Lubnan Hizbullah berkata ia menyasarkan pangkalan tentera Glilot Israel dan ibu pejabat Mossad di pinggir Tel Aviv dengan salvo roket Fadi-4.

Laporan Israel mengatakan beberapa peneroka cedera dalam serangan roket dari Lubnan di Tel Aviv.

Laporan itu mengatakan serangan roket dari Lubnan adalah “yang terbesar” sejak permulaan perang.

Hizbullah sebelum ini berkata ia menyerang perhimpunan tentera Israel dalam serangan artileri dan roket di bahagian utara wilayah Palestin yang dijajah sebagai tindakan balas terhadap serangan maut Israel ke atas Lubnan.

Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan pada hari Selasa, gerakan muqawamah berkata perhimpunan tentera musuh telah diserang di penempatan Shtula, Metulla, Avivim dan Rosh Pina.

Muqawamah itu juga menyasarkan berek Doviv dengan roket Falaq-2 serta tapak berkumpul tentera Israel berhampiran penempatan Rosh Pina dengan serangan roket.

Kumpulan muqawamah itu menambah bahawa ia telah menjalankan operasi untuk menyokong “rakyat Palestin yang teguh di Semenanjung Gaza dan … muqawamah berani dan terhormat mereka, dan dalam mempertahankan Lubnan dan rakyatnya.”

Serangan itu berlaku di tengah-tengah peningkatan besar dalam tindakan keganasan dan pencerobohan Israel di Lubnan yang menyaksikan rejim itu membunuh Setiausaha Agung Hizbullah Sayyed Hassan Nasrallah dalam serangan udara di selatan Beirut.

Angka kematian akibat serangan udara Israel di seluruh Lubnan sejak awal Oktober 2023 telah mencecah 1,745 dengan kira-kira 8,767 cedera, menurut data kerajaan Lubnan. Sebagai tindak balas, Hizbullah telah melepaskan tembakan roket dan dron ke arah sasaran Israel.

Tindakan berbalas serangan maut itu dicetuskan oleh perang genosid Israel di Semenanjung Gaza, yang telah membunuh 41,615 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan 96,359 yang lain sepanjang tahun lalu.

 

 

 

Sumber berita: Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *