Muqawamah Islam di Lubnan berkata ia menyasarkan pangkalan Kirya, yang menempatkan ibu pejabat institusi keselamatan utama Israel
Pada yang pertama, Muqawamah Islam di Lubnan – Hizbullah mengumumkan bahawa pejuangnya melancarkan serangan udara pada hari Rabu menggunakan segerombolan dron sehala canggih dengan menyasarkan Kementerian Keselamatan penjajah Israel di bandar Tel Aviv.
Dalam satu kenyataan, Hizbullah menegaskan bahawa ia menyasarkan pangkalan Kirya, yang menempatkan ibu pejabat Kementerian Keselamatan Israel, Kakitangan Am, Bilik Pengurusan Perang, dan pihak berkuasa pemantauan dan kawalan perang Tentera Udara.
Menurut kenyataan itu, dron itu tepat mengenai sasaran yang dimaksudkan. Ini menandakan kali pertama Hizbullah menggunakan dron jenis ini dalam menyerang sasaran tentera Israel.
Muqawamah Islam berkata serangan itu adalah sebahagian daripada siri operasi Khaybarnya dan di bawah panggilan “Labbyaka ya Nasrallah” [kami menyahut seruanmu, wahai Nasrallah].
Kumpulan itu juga berkata operasi itu hadir “untuk menyokong rakyat Palestin kami yang teguh di Semenanjung Gaza, sebagai solidariti dengan muqawamah mereka yang berani dan terhormat, dan dalam mempertahankan Lubnan dan rakyatnya.”
Perlu diperhatikan bahawa sejak akhir September, roket canggih, peluru berpandu, dan dron sehala Hizbullah telah sampai ke pinggir bandar Tel Aviv, menyasarkan pangkalan tentera Israel, ibu pejabat perisikan, serta syarikat industri ketenteraan yang mengkhusus dalam pengeluaran dan pembangunan peralatan ketenteraan dan sistem yang digunakan oleh pasukan penjajah Israel dalam pencerobohan dan pencabulan kedaulatan di banyak negara di rantau ini.
Sumber berita: Al Mayadeen English