Bekas Pengerusi Majlis Keselamatan Dalam Negeri Rejim Israel berkata kebanyakan rakyat Israel tahu Tel Aviv tidak akan mampu memusnahkan program nuklear Iran secara bersendirian.
Eran Etzion, menulis di akaun Twitternya pada Rabu menyatakan, “Kebanyakan warga Israel tahu bahwa Israel tidak akan mampu menghancurkan kemampuan nuklear Iran.”
Beliau menambah, “Dasar semasa adalah salah, dan perlu dikaji semula. Israel mesti berdiri di samping Amerika Syarikat, dan menyokong Washington dalam rundingan nuklear.”
Sebelum ini, bekas ketua jabatan penyelidikan Perkhidmatan Perisikan Tentera Israel atau Aman, Danny Strinovich berkata rakyat Iran tahu bagaimana untuk membina semula program nuklearnya.
Tambah beliau, “Walaupun kita menganggap bahawa Israel memilih pilihan serangan ketenteraan, masih ada kemungkinan reaksi pantas daripada Iran, yang boleh membawa kepada kemerosotan keadaan serantau, bahkan mencetuskan perang.”
Konstantin Sivkov, Timbalan Pengerusi Akademi Sains Peluru Berpandu Rusia berkata, Iran mempunyai peluru berpandu jarak sederhana, dan senjata konvensional yang mempunyai jarak dan ketepatan yang tinggi, yang mana telah terbukti ketika peluru berpandu itu ditembak ke pangkalan tentera Amerika Syarikat.
Sumber berita: Pars Today