Menteri Pertahanan Rejim Zionis Israel bimbang tentang masa depan rejim ini, dan menyebutnya berada dalam bahaya yang serius
Benny Gantz telah mengadakan pertemuan tertutup dengan seorang wartawan senior Israel, dan mengaku bahawa beliau sangat bimbang tentang masa depan Rejim Zionis, kata beliau seperti yang dipetik dari Saluran 14 TV Israel pada Isnin.
Semasa pertemuan tersebut, Menteri Pertahanan Israel itu mengakui bahawa dia takut dalam beberapa tahun akan datang rakyat Palestin akan dapat menguasai seluruh wilayah yang diduduki.
Kepada seorang wartawan Israel, Benny Gantz berkata, “Jangan terkejut jika dalam beberapa tahun akan datang rakyat Palestin menguasai seluruh lapangan.”
Menurut Saluran 14 TV Israel, Menteri Pertahanan Rejim Zionis itu menganggap keadaan rejim ketika ini sangat buruk, dan mempunyai masa depan yang suram.
Sumber berita: Pars Today