Penerbangan Terus Pertama Dari Israel Mendarat Di Arab Saudi

Sebuah penerbangan Israel mendarat di Arab Saudi buat pertama kali pagi semalam, lapor Penyiar Awam Israel Kan.

Menurut Times of Israel, ini berlaku hanya sehari selepas penerbangan pertama dari Arab Saudi mendarat di Israel.

Arab Saudi dan Israel tidak mempunyai hubungan rasmi, tetapi mereka telah bertukar-tukar lawatan rahsia dan mengadakan perbincangan.

Walaupun tiada penerbangan komersial antara kedua-dua negara, perkara ini menurut media Israel mencerminkan kemajuan yang dicapai dalam hubungan antara kedua-dua pihak.

Tahun lepas, UAE, Bahrain, Sudan, dan Maghribi bersetuju untuk menormalkan hubungan dengan Israel. Ini menyebabkan Arab Saudi membuka ruang udaranya kepada syarikat penerbangan Israel dalam perjalanan ke UAE dan destinasi lain. Ini mengurangkan masa penerbangan dari Israel ke India kira-kira dua jam.

 

 

 

Sumber berita : Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *