Drone yang tidak dikenali mensasarkan lokasi kumpulan pejuang yang berafiliasi dengan Iran di bandar Al-Bukamal di kawasan luar bandar wilayah Deir Ez-Zor, timur Syria, hari Isnin.
Sumber tempatan memberitahu Anadolu bahawa drone “tidak dikenali” itu mensasarkan sekurang-kurangnya tiga lokasi milik kumpulan Iran di bandar Al-Bukamal di sempadan Syria-Iraq, di mana pengeboman itu mengakibatkan tujuh letupan di kawasan itu.
Sumber tersebut menunjukkan bahawa drone itu terus terbang di kawasan yang disasarkan setelah melakukan pengeboman selama lebih dari satu jam.
Israel sebelumnya telah mensasarkan lokasi Iran di Syria dengan menggunakan ruang udara Lubnan bagi menyerang sasarannya itu.
Sumber berita : Middle East Monitor