Ebrahim Raeisi, presiden baru Republik Islam Iran, telah menggunakan ucapan pelantikannya untuk bersumpah untuk berusaha menjatuhkan sekatan “zalim” yang dikenakan ke atas Tehran oleh Amerika Syarikat dan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Iran.
Raeisi menyatakan demikian dalam ucapan yang disiarkan di siaran tv negara itu pada hari Selasa bahawa misi presidennya akan meringankan sekatan Amerika terhadap Iran, dengan menyatakan bahawa “kami akan berusaha untuk mengangkat sekatan zalim yang dikenakan oleh Amerika.”
Pemimpin baru itu juga berjanji untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Iran yang telah dikenakan sekatan selama bertahun-tahun, dengan menegaskan bahawa pemerintahannya “tidak akan mengikat taraf hidup bangsa dengan kehendak orang asing.”
Presiden ultrakonservatif itu telah disahkan jawatnnya oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei, pada hari Selasa. Raeisi akan mengangkat sumpah sebagai presiden di parlimen pada hari Khamis. Merundingkan perjanjian nuklear dengan Amerika bagi meminimakansekatan yang terhadap Iran akan menjadi salah satu cabaran utamanya.
Tehran dan Washington telah mengadakan rundingan tidak langsung sejak April untuk mengembalikan pakatan nuklear Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) yang mana Presiden Donald Trump telah menarik Amerika secara sepihak pada 2018.
Raeisi juga memasuki pejabat presiden di tengah ketegangan dengan Amerika dan UK, ketika kedua negara itu menuduh Tehran berada di belakang serangan terhadap kapal tangki Israel di persisir pantai Oman minggu lalu.
Bekas ketua hakim itu mendapat tentangan dari kumpulan hak asasi, seperti Amnesty International, atas tuduhan pelanggaran hak asasi manusia dan tindakan keras terhadap orang Iran dan penunjuk perasaan di negara itu, sejak tahun 1980-an.
Raeisi memenangi pilihan raya presiden Iran pada bulan Jun setelah memperoleh hampir 18 juta undi memihak kepadanya, sekitar 62% undi.
Sumber berita : RT
