Nasib Penceroboh Al-Quds Berada Di Tangan Pejuang Palestin

Ketua Panglima Angkatan Bersenjata Iran mengucapkan tahniah kepada rakyat Palestina atas kemenangan mereka menentang rejim Israel, dengan mengatakan nasib rejim berkenaan kini berada di tangan pejuang Palestin.

Mejar Jeneral Mohammad Baqeri mengatakan bahawa pertempuran terbaru antara rejim Zionis dan pejuang Palestin adalah manifestasi kekalahan rejim terbabit terhadap Palestin.

“Kami yakin bahawa kemusnahan rejim Zionis yang kejam telah menghampiri waktu yang dijanjikan, dan keberanian Palestin… telah menempa besi yang lebih hebat daripada mana-mana era sebelum ini ke atas perampas al-Quds dan telah meletakkan mereka dalam posisi yang lemah dan tidak berdaya,” ujar Baqeri.

Para pegawai tertinggi Iran, termasuk Pemimpin Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei, menyampaikan ucap tahniah kepada warga Palestina atas kemenangan mereka, mengutuk kekejaman rejim Israel, dan menjanjikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada perjuangan Palestin.

“Kami mengirimkan salam tahniah kami kepada para pejuang dan pahlawan Palestina yang berkorban dengan tabah menghadapi pertempuran yang epik dan tidak seimbang selama 12 hari, menebak… yang kononnya perisai Kubah Besi telah menjadi jerat buat Zionis,” tegas Baqeri.

Jeneral tertinggi Iran itu juga memperingatkan para pendukung rezim Israel itu serta “pemimpin tercela dan korup dari negara Arab tertentu,” yang mengkhianati perjuangan Palestin dengan melakukan menormalisasi dengan rejim Zionis, meminta agar mereka melihat sendiri kemenangan terbaru perjuangan Palestin dan berhenti mendukung rejim berkenaan “jangan sampai suatu hari nanti Anda pula menjadi sasaran dendam dan kemarahan rakyat Palestin dan pejuangan yang berhak di seluruh dunia.”

Dewan Konstitusi Iran Memuji ‘Kemenangan Hak Menentang Kebatilan’

Dewan Konstitusi Iran juga mengeluarkan pernyataan pada hari Sabtu, menyampaikan ucap tahniah kepada warga Palestin atas merealisasi janji Tuhan terhadap “kemenangan hak menentang kebatilan.”

“Pertahanan sengit dan perlawanan hebat dari warga Muslim Palestin yang tertindas dalam menghadapi tirani rezim Zionis sekali lagi menerima pukulan berat dan membuktikan kelemahan Zionis dan para pendukung mereka lebih dari sebelumnya,” kata ahli Dewan terbabit.

Ahli dewan juga mengesa negara-negara Islam untuk menawarkan dukungan politik dan ekonomi kepada rakyat Palestina dan mengatakan bahawa Republik Islam Iran itu sendiri terikat dengan kewajiban untuk mengirim bantuan kemanusiaan ke Gaza bersama bantuan organisasi antarabangsa dan negara-negara Islam yang lainnya.

 

 

Sumber : PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *