Pengeboman Israel Memusnahkan 20 Peratus Bekalan Air Penduduk Gaza

Pasukan Israel dengan sengaja telah mensasarkan dua saluran paip air di kawasan Al-Saftawi yang memutuskan 20 peratus bekalan air di bandar Gaza, kata pihak majlis bandarayanya dalam satu kenyataan pada hari Khamis.

Serangan udara Israel ke atas kawasan Al-Saftawi pada malam Khamis lalu merosakkan dua saluran paip utama yang membekalkan air di kawasan perumahan di barat laut, “kata kenyataan itu.

“Pihak Majlis Bandaraya dengan dukacita mengesahkan bahawa pengeboman yang sengaja disasarkan ke atas infrastruktur bandar Gaza telah merosakkan dua saluran air ini, yang salah satunya membekalkan air kepada lebih dari 200,000 penduduk, telah menyebabkan mereka tidak mempunyai bekalan air dan memburukkan lagi krisis air sedia dialami di bandar itu,” kata kenyataan itu.

Majlis Perbandarab Gaza telah mula memeriksa kerosakkan itu dan membuat penyelesaian sementara untuk mengurangkan krisis air yang disebabkan oleh kemusnahan tersebut.

Ia terus mengulangi kecamannya terhadap penyasaran infrastruktur, bangunan dan kemudahan penting yang dilakukan secara sengaja.

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *