Setelah 10 Hari Serangan, Israel Setuju Gencatan Senjata

Israel telah bersetuju untuk gencatan senjata dengan kumpulan pejuang Hamas Palestin di Gaza lapor Anadolu Agency yang disahkan oleh media Israel dan pegawai Hamas.

Menurut sumber dari Hamas dan Israel, gencatan senjata yang mana Mesir menjadi penengahnya akan berkuat kuasa pada pukul 2 pagi Jumaat (2300 GMT Khamis).

“Israel telah gagal mencapai apa saja matlamat dari pencerobohannya dan melarikan diri dari pertempuran dengan pejuang Palestin, ” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri kepada Anadolu Agency dalam reaksi rasmi yang pertama terhadap gencatan senjata itu.

Selama lebih sepuluh hari Israel telah melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang disekat itu. Pegawai kesihatan di Gaza menyatakan 230 orang rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita, telah terbunuh dan lebih dari 1700 orang lagi telah mengalami kecederaan dalam pengeboman udara dan serangan artileri.

 

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *