Hamas: Kami Isytihar Kemenangan, Netanyahu Telah Mengalami Kekalahan Teruk

Hamas mengisytiharkan kemenangan dalam pertempuran selama 10 hari ini menentang serangan rejim Israel yang membantai Jalur Gaza, dan menyatakan bahawa Perdana Menteri rejim berkenaan Benjamin Netanyahu sedang mengalami kekalahan teruk menentang pasukan perlawanan terbabit.

Sejak hari Isnin yang lepas, rejim haram Israel telah meningkatkan serangan ketenteraannya ke atas wilayah yang di kepung, terutamanya di ibu pejabat gerakan penentangan Palestin. Hamas dan Jihad Islam berganding bahu bersama kumpulan penentangan lainnya yang berpusat di Gaza, telah membalas serangan ribuan roket ke Israel.

“Netanyahu telah mengalami kekalahan teruk dan Hamas mengistiharkan kemenangan,” kata Mousa Abu Marzouq, wakil pemimpin Hamas, pada hari Rabu, rangkaian televisyen al-Mayadeen Lubnan melaporkan.

 

‘Gencatan Senjata’

“Saya harap kita dapat mencapai gencatan senjata dalam masa satu atau dua hari kehadapan,” tambah beliau.

Menurut pegawai berkenaan, serang balas yang hebat dari kumpulan perlawanan telah memaksa Amerika Syarikat memberi tekanan ke atas Tel Aviv untuk menghentikan serangannya.

Pada awalnya Presiden AS Joe Biden mendesak Netanyahu supaya menidakkan usaha untuk mencapai gencatan senjata dalam konflik ini, Reuters melaporkan.

Bahkan AS terus menyekat kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang meminta serangan rejim Israel dihentikan, kata Abu Marzouq.

Serangan balas dari kumpulan penentangan telah memaksa Washington untuk mengubah pendiriannya, ujar beliau.

Menurut Ofir Gendelman, jurucakap pejabat Netanyahu, kumpulan barisan hadapan di Gaza telah membedil sekitar 4.000 buah roket ke wilayah yang dijajah terbabit sebagai tindak balas terhadap serangan rejim Israel.

Pegawai Hamas itu juga menekankan bagaimana kekejaman rejim berkenaan juga mengundang simpati dunia yang luar terhadap rakyat Palestin dan bahkan di wilayah yang dijajah.

Sejumlah pemimpin dunia juga telah mengecam jenayah perang yang tidak terhitung jumlahnya dari rejim haram zionis.

Sementara itu, Hamas menyatakan bahwa faktor lain yang memaksa rejim ini akan menyerah kepada gencatan senjata adalah akibat dari serangan luar yang bertalu-talu ke atas mereka.

Beberapa buah roket telah dibedil dari Lubnan ke wilayah-wilayah yang dijajah terbabit sejak minggu lepas. Kumpulan perlawanan Iraq dan gerakan Ansarullah yang terkenal di Yaman juga telah berjanji untuk memberi bantuan kepada kumpulan perlawanan Gaza dalam perjuangan mereka menentang Tel Aviv.

“Israel sedar mereka tidak dapat melancarkan serangan ke setiap arah, dan ianya sangat mengusarkan mereka kerana pintu neraka bakal terbuka di hadapan mereka,” kata Abu Marzouq.

Menurut pegawai Hamas itu, gencatan senjata yang bakal dicapai tidak termasuk di jajahan tebing Barat, di mana pasukan rejim Israel telah menyerang penunjuk perasaan Palestin selama beberapa minggu ini.

Walau bagaimanapun, pasukan perlawanan akan memaksa Netanyahu untuk menamatkan pelanggaran hak asasi kemanusiaan rakyat Palestin.

 

 

Sumber berita : PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *