Seorang Jeneral tertinggi rejim Israel mengakui bahawa serangan roket kumpulan perjuangan Palestin telah dipertingkatkan semenjak konflik di semenanjung Gaza berlangsung, dan mendakwa mereka kini dihujani dengan serangan roket yang bertubi-tubi.
Dalam satu sidang akhbar pada hari Ahad, Mejar Jeneral Ori Gordin menyatakan bahawa kumpulan perjuangan Palestin yang berpangkalan di Gaza telah membedil sebanyak 3000 roket ke wilayah yang diduduki terbabit, melebihi jumlah roket yang dibedil ketika konflik pada tahun 2019 dan perang Hizbullah Lubnan 2006.
Tindak balas serangan roket Hamas dan Jihad Islam terhadap rejim Israel adalah sebagai respon terhadap serangan udara rejim Israel ke atas penduduk awam yang tidak berdosa.
Menurut kementerian kesihatan Palestin, seramai 188 warga Palestin termasuk 55 kanak-kanak dan 33 wanita telah terbunuh setakat ini serta 1230 orang yang lainnya telah mengalami kecederaan di Gaza dalam konflik pencerobohan rejim Israel yang telah bermula pada hari Isnin yang lalu.
Gordin, memaparkan gambarrajah yang menunjukan sebahagian 570 buah roket yang telah dilancarkan ke arah Israel hanya dalam masa 3 hari pertembungan ini berlangsung.
Janeral rejim itu membandingkan dengan serangan roket ketika perang Hizbullah 2006 sebanyak 4500 roket yang di lancarkan oleh kumpulan Hizbullah, namun ianya dalam tempoh 19 hari.
Apabila ditanya adakah punca pencerobohan dan serangan udara menjadi alasan serangan ini meningkat, beliau berkata “Bukan saja saya bersetuju dengan kenyataan itu malah inilah apa yang saya ajukan.”
Menteri luar Palestin mengecam tindakan ‘normalisasi’ hubungan dengan rejim Israel
Pada hari Ahad, menteri luar Palestin, Riyadh al Malik telah membidas negara-negara yang mengambil pendekatan ‘normalisasi’ dengan rejim Israel ketika mana rejim berkenaan berterusan membantai penduduk Gaza.
“Normalisasi dan menerima sistem penjajahan rejim Israel tanpa mencapai pendamaian atau menamatkan pencerobohan ke atas tanah Arab dan Palestin, merupakan pengiktirafan ke atas rejim apartheid dan ikut serta dalam jenayahnya” ujar beliau ketika persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).
Rejim Israel dikritik keras sejak perjajian normalisasi dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi mereka tanpa rasa malu dan serakahnya menjajah serta merampas tanah penduduk asal Palestin.
Warga Palestin dan kesemua paksi kumpulan Palestin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan perjanjian normalisasi itu.
“Pencerobohan dan penjajahan ini perlu ditentang, didedahkan, dihentikan, dan diharamkan. Peningkatan normalisasi akhir-akhir ini tidak memberi impak ke atas sentimen dunia Arab atau mengubah pendirian Israel,” tegas Malik lagi.
Lieberman suarakan kebimbangan atas kelemahan Israel menentang Hamas
Dalam satu temubual di saluran 12 Israel pada petang Sabtu, Avigdor Liberman, bekas menteri hal ehwal ketenteraan rejim itu secara lantang mengkritik perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu mengenai caranya menangani konflik baru-baru ini dengan kumpulan perjuangan Palestin, terutamanya Hamas.
Lieberman yang merupakan bekas sekutu Netanyahu, menyeru warga Israel untuk mempersoalkan,
“Jika inilah situasi yang kita hadapi ketika menentang Hamas, bagaimana keadaannya jika kita berhadapan dengan Hizbullah dan Iran nanti?”
“Netanyahu telah mengugat keadaan kita dan membawa kita menuju kehancuran,” tegas pemimpin parti Yisrael Beytenu itu.
Merujuk kelemahan rejim Israel berhadapan dengan kumpulan perjuangan Palestin, Lieberman menyatakan “Dunia Arab sedang memerhatikan kita dan akan mempersoalkan bagaimana situasi Israel apabila menentang Hizbullah dan Iran jika kedudukannya ketika menentang Hamas seperti apa yang kita lihat sekarang ini.”
‘Matlamat strategik waktu konflik ini adalah menaikkan imej Netanyahu di mata masyarakat Israel dan mengheret kita ke pilihanraya ke 5. Selagi mana mandat membentuk kerajaan dengan Yair Lapid, Netanyahu akan berusaha untuk memanjangkan konflik ini,” tambah Lieberman lagi.
“Hamas buat pertama kalinya mencetuskan pertempuran dalaman dengan kita di dalam Israel. Hamas menguasai jalanan di Palestin. Jelas yang menang dalam operasi ini adalah Hamas,” lanjut beliau lagi.
Liberman sedar akan situasi terbaru konflik ini akan menjadi sia-sia seandainya operasi ini berakhir tanpa perlucutan senjata dari Hamas dan pemulangan mayat dua tentera Israel.
Mesir buka sempadan Rafah lebih awal untuk warga Palestin yang tercedera
Pada hari Ahad, Mesir telah membuka sempadan Rafah sehari awal dari yang dijadualkan untuk membolehkan para pelajar, mangsa yang tercedera dan memerlukan rawatan dan bantuan kemanusian di Semenanjung Gaza, lapor Reuters yang memetik dua sumber tanpa nama sebagai berkata.
Tiga buah bas membawa 263 orang telah melintasi sempadan itu pada jam 1 tengahari waktu tempatan. Pintu sempadan itu telah ditutup pada cuti perayaan Aidilfitri dan dijangka dibuka semula pada hari Isnin.
Bahkan, sebelum pembukaan semula pada hari Ahad, Mesir telah mengambil mereka yang tercedera dalam pengeboman rejim Israel di perbatasan itu. Setakat ini Mesir telah menghantar 16 buah ambulan untuk mengambil mangsa yang kebanyakannya mengalami kecederaan yang serius dan memerlukan pembedahan segera, kata sumber perubatan.
Paus memberi amaran tentang tentang “Rantaian Kematian” dalam kekejaman Israel
Juga pada hari Ahad, Paus Francis mengutuk pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas mereka yang tidak bedosa dan melabelkannya sebagai “sangat mengerikan dan tidak dapat diterima,” dan memberi amaran bahawa konflik ini akan menjadi lebih buruk.
“Saat ini, pertembungan ganas antara Semenanjung Gaza dan Israel berisiko mewujudkan rantaian kematian dan mengakibatkan kehancuran,” kata Paus itu setelah selesai upacara keagamaan pada hari Minggu.
“Sejumlah mereka mengalami kecederaan dan ramai warga yang tidak berdosa telah maut. Di kalangan mangsa adalah dari kanak-kanak, perkara ini adalah dahsyat dan tidak dapat diterima,” tambah Paus yang berusia 84 tahun itu.
Paus menyeru kepada pendekatan damai diambil dan mendesak pihak-pihak yang terlibat agar menghentikan persengketaan ini dan meminta masyarakat antarabangsa untuk campur tangan.
Arab Saudi mengecam ‘pencerobohan jelas’ Israel
Semasa persidangan tergempar, Arab Saudi yang menjadi tuan rumah untuk persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) telah mengecam kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan mendesak komuniti antarabangsa untuk segera campur tangan bagi mengakhiri pertempuran tersebut.
Menteri Luar Putera Faisal bin Farhan meminta komuniti antarabangsa untuk mengambil “tindakan mengesa” untuk menghentikan serangan ketenteraan rejim Israel dan “pencerobohan secara jelas” hak asasi warga Palestin oleh rejim zionis itu. Beliau juga menyeru agar keduanya mengambil pendekatan “rundingan damai” yang bertujuan bagi mendapatkan penyelesaian dua negara.
Beliau juga mengecam pencerobohan yang mencemar kesucian tapak suci bagi umat islam di Jerusalem al-Quds.
“Memelihara kesucian Jerusalem [al-Quds] adalah tanggungjawab kita semua,” tegas bin Farhan, yang mana negaranya belum secara rasmi menormalkan hubungan dengan Tel Aviv namun diketahui umum sebagai rakan sulit mereka.
Sumber berita: Press Tv