Angkatan pertahanan rejim Israel telah memulakan operasi di semenanjung Gaza selepas terancam dengan amaran keras dari Hamas terhadap Tel Aviv.
“Tentera udara dan darat rejim Israel kini telah memulakan operasi di Semenanjung Gaza,” tweet Menteri hal ehwal tentera Israel pada lewat hari Khamis.
Hamas sebelum ini telah memberi amaran keras untuk membalas dengan tindakan agresif sekiranya rejim zionis itu melancarkan serangan udara seperti beberapa hari lalu di wilayah terbabit.
Walau bagaimana pun, Benny Grantz merangkap menteri hal ehwal tentera rejim itu, tetap menghantar lebih kurang 9,000 anggotanya ke sempadan wilayah Gaza, lapor Associated Press.
Namun terdapat pencanggahan maklumat dari pihak tentera rejim Israel itu sendiri yang menafikan operasi itu dijalankan.
“Ketika ini tiada angkatan pertahanan Israel (IDF) di dalam kawasan Semenanjung Gaza. Angkatan pertahanan udara dan darat Israel hanya melakukan serangan dari luar Semenanjung Gaza,” katanya, menurut Times of Israel
Setakat ini, seramai 109 orang warga Palestin, termasuk 28 orang kanak-kanak, telah terkorban dalam serangan rejim Israel sejak hari Isnin, dan lebih daripada 580 orang yang tercedera.
“Serangan Israel yang menggunakan senjata berat selama 4 hari berturut-turut akan meningkatkan jumlah kemalangan jiwa,” kata AP.
Tiga peperangan besar yang telah di lancarkan oleh Rejim zionis terhadap wilayah berkenaan setakat ini, yang telah mengorbankan ribuan nyawa pihak keselamatan dan penduduk awam Palestin. Konflik terbaru ini juga telah menimbulkan kerisauan dunia untuk menyaksikan satu lagi peperangan yang tidak dapat dielakkan.
Rejim itu memulakan serangan ke atas warga Gaza yang menyuarakan protes terhadap penindasan kejam rejim Zionis di wilayah Tebing Barat terbabit, terutamanya di kota suci al-Quds.
Penindasan terbabit menyaksikan pasukan tentera rejim Israel bersama dengan penceroboh haram Israel menyerang jemaah Palestin di al-Quds termasuk di perkarangan Masjid al-Aqsa – yang dianggap sebagai tapak suci ketiga bagi umat Islam. Serta pembantaian ke atas warga Palestin yang diusir keluar dari kediaman mereka sendiri di Sheikh Jarrah..
Penindasan demi penindasan ini telah mewujudkan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Sejumlah pemimpin dunia mengecam keganasan terbabit dan mendesak agar ia dihentikan, serta kunjungan terbaru pegawai keamanan Mesir merupakan misi penting dalam usaha masyarakat antarabangsa bagi mewujudkan gencatan senjata. Pegawai terbabit telah mengadakan pertemuan berasingan dengan kumpulan pejuang Hamas dan rejim Israel, menurut AP berdasarkan maklumat dari dua orang pegawai perisik Mesir.
Pasukan perjuangan Gaza telah membedil ratusan roket ke wilayah yang diduduki terbabit bagi membalas tindakan kejam rejim zionis ketika pencerobohan di al-Quds dan pertumpahan darah yang lainnya. Bedilan roket berkenaan mengenai Tel Aviv, al-Quds bahkan jauh di kota lainnya seperti Haifa dan Nazaret di bahagian utara.
Tel Aviv telah menjadi sasaran sebanyak dua kali dengan serangan lebih daripada 100 buah roket dalam satu-satu masa. Serangan roket berkenaan telah memaksa pihak berkuasa rejim Israel mengalihkan penerbangan yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa kedua terbesar, Ben Gurion ke lapangan terbang lainnya.
Terbaru beberapa buah roket membedil bandar Ashdod dan Ashkelon, yang terletak di sebelah utara Semenanjung Gaza.
Seramai tujuh warga rejim Israel dilaporkan telah maut dalam serangan itu.
Kira-kira 1800 buah roket setakat ini telah dilancarkan dari Gaza, menurut rejim Israel. Hamas menegaskan bahawa ia bukan sahaja tahu garis sempadan yang ditetapkan bagi serangan roketnya, bahkan mereka juga belum mempraktikkan potensi ketenteraannya dalam skala penuh lagi
Tembakan Roket Dari Lubnan.
“Sekurang-kurangnya tiga buah roket telah dibedil dari arah selatan Lubnan,” ianya dilaporkan ditembak dari daerah Qlaileh di wilayah utara Naqoura, berhampiran sempadan Lubnan-Palestin.
Tentera rejim Israel mendakwa bahawa roket berkenaan telah jatuh ke dalam laut Mediterranean.
Hizbullah Lubnan merupakan rakan sepejuang Hamas yang saling berganding bahu dalam menentang kekejaman rejim zionis selama ini, yang mana kali terakhir telah meyaksikan gabungan mereka mempertahankan Lubnan dalam dua pertempuran dengan rejim Israel pada tahun 2000-an, dan telah memaksa tentera rejim berkenaan mundur di kedua-dua peperangan tersebut.
Sebelum itu, setiausaha agung gerakan al-Nujaba Iraq, Sheikh Akram al-Ka’abi dalam pertemuannya dengan pemimpin perlawanan Gaza, memberi jaminan bahawa kempulan berkenaan siap untuk berkerjasama dalam isu “ketenteraan dan keselamatan”.
Al-Ka’abi juga mengingatkan Tel Aviv tentang kekuatan italeri pasukannya yang dapat menembusi wilayah yang diduduki itu.
Sumber berita: Press Tv