“Perihal Palestin adalah pembunuhan beramai-ramai berterusan, perlahan tetapi tanpa henti”
Perihal yang terjadi pada warga Palestin adalah satu pembunuhan beramai-ramai berterusan, perlahan tetapi tanpa henti, kata Presiden Gabungan Komuniti Palestin di Amerika Latin dan Caribbean (COPLAC) pada hari Rabu, lapor Anadolu Agency.
Dalam satu wawancara dengan Anadolu Agency, Rafael Araya Masry berkata “ada alasan untuk bercakkap tentang keganasan negara yang dilakukan oleh Israel” dalam serangan udara yang sedang berterusan di Gaza yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 67 orang, termasuk 17 orang kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
“Ia bukanlah tanpa alasan apabila Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah melancarkan penyiasatan terhadap Israel atas jenayah perang yang dilakukan di Semenanjung Gaza dengan pengebomannya tetapi menambahkan lagi faktor yang tidak kecil: penjajahan wilayah Palestin. Penjajahan adalah jenayah perang, “kata Masry.
Ketegangan semakin meningkat sejak minggu lalu setelah mahkamah Israel memerintahkan pengusiran keluarga Palestin di kawasan Sheikh Jarrah di Jerusalem Timur yang diduduki.
“Proses pelucutan hak ini, yang tertumpu di kota suci Jerusalem, yang mana telah diisytiharkan oleh Israel sebagai ibu kota yang unik dan tidak dapat dipisahkan, yang mana boleh kita katakansebagai: penghapusan semua jejak manusia, grafik, tulisan dan budaya masyarakat yang telah berada di sana selama berabad-abad. Jadi ini adalah kesinambungan yang berterusan melalui proses keganasan negara yang bertujuan untuk mengusir warga Palestin dari bahagian timur Jerusalem, yang ditetapkan untuk menjadi ibu kota negara Palestin yang akan datang, “katanya.
Menurut Masry, kerajaan Israel menghantar orang awam – peneroka – untuk mengumpan dan menghina rakyat Palestin sebelum mengerahkan tentera mereka untuk mengusir rakyat Palestin dari rumah mereka.
“Adalah satu penindasan dalam menggunakan penduduk awam sebagai alat dasar negara bagi mengusir penduduk. Itulah bahagian tragis dari kisah ini: negara berjaya membuat orang awamnya memasuki projek yang disukainya.”
Selain pengusiran di kejiranan Sheikh Jarrah, Jerusalem Timur pada bulan suci umat Islam, Ramadhan, pihak berkuasa Israel telah mengganggu dan menyerang para jamaah di tengah-tengah solat di dalam Masjid Al-Aqsa, tempat ketiga paling suci dalam Islam, sesuatu yang telah meningkatkan keganasan.
Mengenai kemungkinan Intifada, kata Masry, “Kematian rakyat Palestin dalam pengeboman Israel di Gaza adalah perkara biasa. Ia selalu berlaku. Sepertinya konflik ini tanpa ada penyelesaiannya. Bagaimana orang-orang di Semenanjung Gaza, yang merupakan penjara terbuka paling besar di dunia, bersaing menentang kekuatan ketenteraan keempat atau kelima terkuat di planet ini. Tambahan pula, dengan sebuah negara yang menjadikan penindasan ketenteraan sebagai alasan untuk membangkitkan apa yang mereka sebut sebagai “hak untuk mempertahankan diri mereka sendiri” dan menghancurkan sebarang protes atau perbezaan pendapat, tidak hanya terhadap warga Palestin tetapi juga terhadap warga Israel dan organisasi yang mengecam apa yang sedang berlaku kepada rakyat Palestin. ”
Di sebelah belahan dunia lain, semua negara kecuali dua negara Amerika Latin – Mexico dan Panama, mengiktiraf Palestin. Oleh itu, sebagai wakil Palestin di rantau ini, Masry mengatakan kerja COPLAC adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpulkan sokongan semaksima mungkin bagi Palestin untuk mencapai kemerdekaannya.
“Sebagai contoh, saya meminta Mercosur untuk mengeluarkan pernyataan dan menangguhkan hak prerogatif yang diberikannya kepada Israel dengan menandatangani perjanjian perdagangan bebas, untuk menghentikannya sebagai langkah tekanan untuk menghentikan penindasan dan pengeboman Israel di wilayah Palestin.”
Sumber berita: Middle East Monitor